Lingard Cabar Manchester United Teruskan Rekod Cemerlang Di Etihad Stadium

Pemain tengah Manchester United, Jesee Lingard mencabar rakan sepasukannya untuk meneruskan rekod baik mereka di Etihad Stadium dengan menewaskan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam esok.

Pasukan Setan Merah memiliki statistik yang agak baik apabila membuat kunjungan singkat ke pasukan jiran tetangga dimana mereka berjaya memenangi 7 dari 15 perlawanan derby terakhir di stadium tersebut. Kali terakhir mereka tewas di stadium tersebut adalah pada November 2014, hampir 4 tahun yang lalu.

Lingard mahu United teruskan rekod baik di Emptyhad seperti sebelum ini

Rekod cemerlang United itu hampir terkubur musim lalu apabila mereka ketinggalan 2-0 kepada Manchester City pada separuh masa pertama. Anak buah Pep Guardiola memerlukan kemenangan untuk mengesahkan status sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim 2017/2018 namun berjaya dinafikan Paul Pogba dan rakan-rakanya.

Pogba memulakan comeback United dengan menanduk masuk gol pertama United pada awal babak kedua sebelum menjaringkan satu lagi gol tidak lama kemudian. Pemain pertahanan, Chris Smalling melengkapkan malam penuh gemilang Setan Merah apabila menjaringkan gol ke-3 United untuk menjadikan kedudukan 3-2. Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan dan meranapkan impian The Citizens untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris di hadapan jiran mereka.

Ketika bercakap kepada Sky Sports menjelang derby Manchester malam esok, Lingard mencabar rakan sepasukannya supaya mengulangi pencapaian mereka musim lepas ketika beraksi di stadium Etihad.

“Seluruh skuad amat gembira dengan kemengan yang kami catatkan di Etihad musim lepas, dan saya berharap kami akan dapat mengulanginya sekali lagi hujung minggu ini.”

United kembali menemui mojo

“Kami berjaya menunjukkan persembahan yang cemerlang di Etihad musim lepas. Kadang kala keputusan perlawanan hanya ditentukan dengan sedikit perbezaan sahaja. Kami berjaya mengekalkan tahap mental yang betul dan akhirnya, kami beroleh kemenangan.”

“Walaupun ketinggalan 2-0, peminat Manchester United tetap menyokong kami sepanjang perlawanan berlangsung. Ia telah menaikkan semangat juang pasukan.”

United dianggap pasukan bukan pilihan apabila turun berhadapan dengan penyandang juara dan pendahulu Liga Perdana Inggeris ketika ini, Manchester City. Mereka kini ketinggalan 9 mata di belakang pasukan Guardiola selepas mengharungi permulaan musim yang mengecewakan.

Walau bagaimanapun, keadaan semakin beransur pulih buat Manchester United. Sejak bangkit dari ketinggalan ketika menentang Newcastle tempoh hari, skuad kendalian Jose Mourinho itu telah berjaya memenangi 3 perlawanan secara berturut-turut selepas itu.

Lingard meraikan gol kemenangan United di Etihad musim lepas

Antara yang paling diingati adalah kemenangan penuh dramatik ke atas Juventus beberapa hari lalu. Lingard kembali dimasukkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Eropah tersebut selepas sembuh dari kecederaan groin.

“Saya bermain bola sepak kerana mahu bermain dalam perlawanan besar sebegini. Makin tinggi tekanan, makin bersemangat anda. Perlawanan besar macam ini merupakan perlawanan yang anda ingin sertai.”

“Perkara paling penting adalah untuk mempercayai yang kami mampu melakukannya. Saya percaya dengan pasukan ini.”

BACA:  Antony Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Pukul Dada Palsu Bekas Kekasih