Jesse Lingard tidak gembira apabila dikaitkan dengan pasukan Arsenal dan beliau tidak mahu tinggalkan setan merah.
Menurut Ligard, beliau tidak memikirkan untuk pergi dari United, bahkan beliau mahu berusaha lebih gigih untuk mendapat tempat di Old Trafford.
Minggu ini desas desus mengaitkan pemain midfield berbakat United itu dengan pasukan Arsenal tular di media sosial.
Jesse Lingard looks set to turn down a potential move to Arsenal and fight for his place at Manchester United.
Imagine getting rejected by Jesse Lingard 😂
— IF Football News (@InstantFootieUK) April 6, 2020
Dengan pengurus setan merah, Ole Gunnar Solskjaer sendiri sudah hilang keyakinan terhadap Lingard menguatkan lagi dakwaan bahawa beliau akan dijual musim panas ini.
Raul Sanllehi sendiri mengakui bahawa beliau tertarik untuk mendapatkan Lingard bagi memperkuat barisan pemain Arsenal musim depan.
Beliau telah melakukan rundingan bersama ejen Lingard, Mino Raiola. Tetapi setelah perbincangan, Lingard sendiri lebih memilih untuk fokus bersama kontraknya di United.
Everton and Arsenal are both monitoring Jesse Lingard’s situation at Manchester United as he has fallen out of favour at Old Trafford. However, the player wants to fight for his place at United and won’t allow himself to be pushed out of the club. (Source: The Metro) #EFC pic.twitter.com/LEafeL8TaU
— The Gwladys Street (@TheGwladysSt) April 6, 2020
Lingard mempunyai baki 12 bulan kontrak bersama setan merah dengan pendapatan £110,000 seminggu.
Ligard mahu berusaha lebih gigih supaya mendapat tempat bersama pasukan dan dilanjutkan kontraknya bersama setan merah.
Lingard telah berjaya menjaringkan dua gol dari 35 penampilan di semua pertandingan musim ini untuk setan merah.
Lingard turut tidak mendapat tempat sebagai kesebelasan utama dan tidak mendapat minit permainan walau duduk dibangku simpanan sepanjang musim ini.
Beliau dilihat tidak memberi impak kepada pasukan. Para peminat menjadi marah kepada pemain berusia 27 tahun ini kerana beliau sering bermain-main ketika sesi latihan pasukan.
#mufc are open to letting Lingard go at the end of the season and Arsenal have emerged as a potential destination. United have slapped a price of £30m on Lingard – but the player himself would prefer to stay at Old Trafford and fight for his place. [metro] #mufc #RS pic.twitter.com/GEaFI0Fvqt
— Manchester United Updates (@mnuupdates) April 6, 2020
Walau bagaimanapun, Solskjaer tetap menurunkan juga pemain midfield itu didalam perlawanan Piala FA dan Europa League.
Akan tetapi, walau masih diturunkan, pengurus dari Norway itu tetap berasa kurang senang dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lingard.
Ole Gunnar Solskjaer turut pernah membuat kenyataan yang menuntut Lingard untuk memperbaiki etika dan persembahannya.
Rentetan dari itu, pengurus dari Norway ini dilaporkan sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Lingard dan bersedia untuk menjualnya pada musim panas nanti.
Jesse Lingard 'is set to snub Arsenal move' to fight for place at Manchester United https://t.co/4wNjAVAbLR
— MailOnline Sport (@MailSport) April 6, 2020
Menurut Solskjaer, takdir dan masa depan Lingard dalam dunia bola sepak berada di tangannya sendiri.
“Saya jenis orang lama, ikut cara lama, lebih mementingkan disiplin dan sering mendisiplinkan diri sendiri. Saya tidak boleh terus menyuap sudu kemulut pemain seperti ini, dia patut tahu untuk berdikari sendiri.”
“Saya dah lama bersama pasukan ini, dan saya blh tengok sendiri pemain mana akan berjaya dan mana yang tidak.”
Jesse Lingard wants to fight for his place at Manchester United…
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) April 6, 2020
Nilai untuk pemain kebangsaan England itu kini bernilai £30 juta. Tetapi nilai itu akan menjadi isu perdebatan kerana aksi tidak memberangsangkan yang ditunjukkan oleh Lingard sendiri.
Pengurus pasukan Arsenal, Mikel Arteta kini sememangnya mempunyai masalah dengan bahagian midfield pasukannya.
Kini beliau harus mencari jalan untuk menyelesaikannya memandangkan Dani Ceballos dijangka akan kembali ke Madrid selepas habis kempen musim ini.
Mendapatkan Lingard merupakan salah satu langkah dari Arsenal untuk menyelesaikan masalah kekurangan pemain di posisi itu.
According to The Metro:
Everton and Arsenal are apparently both monitoring Jesse Lingard’s situation at Manchester United.
However, the player wants to fight for his place at United. #efc pic.twitter.com/weizHVtUxb
— Toffee TV (@ToffeeTVEFC) April 6, 2020
Sementara itu, setan merah kini dikaitkan dengan pemain seperti Jadon Sancho, Jack Grealish dan James Maddison.
Tetapi sehingga kini hanya dikaitkan sahaja tiada apa-apa langkah dari United untuk mendapat pemain-pemain tersebut..