Tidak ada pemain yang mampu melepasi Virgil van Dijk dalam tempoh 18 bulan yang lalu sebelum pemain bayaran secara ansuran Arsenal, Nicolas Pepe memecahkan dominasi itu dan menjadi manusia pertama melepas van Dijk.
Sebelum Pepe, pemain Newcastle United, Mikel Merino menjadi manusia terakhir melepasi Van Dijk pada Mac 2018 dan manusia sebelum itu adalah Alexandre Lacazette pada 2017.
Pemain terhebat, terbaik dan terpadu di planet bumi ini walaupun dikatakan makhluk asing, Lionel Messi juga bergelut untuk melepasi Van Dijk dan memberi sebab kenapa Van Dijk sukar ditewaskan.
Would you rather?
Have Virgil Van Dijk in your side.
-or-
Have Harry Maguire in your side.
?
— Football Tweet (@Football__Tweet) October 18, 2019
Sukar ditewaskan bukan bermakna tidak boleh ditewaskan seperti mana kepercayaan segelintir penyokong Liverpool yang melantun-lantun bila dipetik nama pemain mereka terutamanya Van Dijk.
Saban minggu terlalu ramai pemain pertahanan berjaya dilepasi malah pertahanan termahal dunia pun begitu sayur dan sesuai dijadikan makanan.
Apabila Van Dijk berjaya ditewaskan terus menjadi bualan di media sosial dan menjadi berita sukan utama di media antarabangsa.
Messi yang mengetahui kekuatan dan cara permainan van Dijk pun tidak mampu berbuat apa kecuali memberi penjelasan.
“Beliau merupakan seorang pertahanan yang tahu bagaimana membuat penilaian terhadap penggunaan masa yang tepat dan menunggu detik yang betul untuk mencabar atau menunggang.”
“Beliau sangat pantas dan besar tetapi beliau mempunyai ketangkasan jika dibandingkan dengan ketinggiannya.”
? Messi on van Dijk: “He is a defender who knows how to judge his timing and wait for the right moment to challenge or jockey.
“He is fast because of his great stride, and he is impressive both in defence and attack because he scores lots of goals.” pic.twitter.com/AUsgHI89u0
— Goal (@goal) October 17, 2019
“Beliau pantas kerana mempunyai langkahan yang besar. Beliau sangat menawan ketika bertahan dan menyerang kerana beliau berjaya menjaringkan banyak gol.”
Messi dan van Dijk sekali akan berentap untuk anugerah Ballon d’Or selepas Messi berjaya merangkul anugerah pemain terbaik FIFA bulan lalu.
Van Dijk: I'm the best Player in Europe bruh
Cr7 : yeah you won the UEFA player of the year and Messi won FIFA's best player so I'm definitely going to win the Ballon D'or.
Van Dijk: https://t.co/vjCIdVyJHm
— ECG Ghana (@GhanaEC) October 9, 2019