Lionel Messi Menyahut Cabaran #StayAtHome Dari Xavi

Sewaktu semua sukan digantung kerana penularan virus Covid-19, kebanyakkan atlet diminta untuk mengkuarantinkan diri mereka sendiri dirumah dan tidak bersosial diluar.

Bukan saja golongan atlet, malah hampir kesemua negara yang sedang dilanda penularan virus itu menggesa rakyatnya untuk duduk diam di rumah dan tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti di luar.

Ketika semua sedang berkurung dirumah kini telah tular satu cabaran baru di media sosial yang di panggil #StayAtHomeChallenge.

Cabaran yang tular itu mendapat perhatian ramai. Pemain bola sepak terkenal dan Legenda bola sepak juga turut sama mengikuti cabaran itu.

Seperti sedia maklum, virus Covid-19 sangat mudah untuk berjangkit dan kerana itulah pihak berkuasa menetapkan peraturan agar semua masyarakat duduk diam saja dirumah untuk mengawal penularan virus itu.

Di kala para pemain bola sepak semua dilanda kebosanan berada dirumah kerana penggantungan Liga, mereka kini turut sama mengikuti cabaran itu.

Antara pemain yang mengikuti cabaran itu adalah Bruno Fernandes, Harvey Elliott, Odion Ighalo, Granit Xhaka dan Theo Walcott.

Pemain-pemain terkenal ini telah memuat naik video ke laman sosial mereka dengan menunjukkan aktiviti yang dilakukan ketika berada dirumah.

Legenda Liverpool, Jamie Carragher juga tidak terlepas untuk terlibat dalam cabaran itu. Walaupun aksinya dalam rakaman yang dimuat naik agak teruk.

Selain para pemain dari Premier league ada juga beberapa pemain dari La Liga dan Liga lain yang merakam aksi menyahut cabaran #StayAtHomeChallenge.

Ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos dan rakan sepasukannya yang kini dipinjamkan ke Arsenal, Dani Ceballos turut sama terlibat dalam cabaran yang kini tular itu.

Selain dari pemain yang mengikuti cabaran itu ada juga pemain yang mengisi masa lapang ketika penggantungan liga ini dengan melakukan aktiviti lain.

Oxlade-Chamberlain antara pemain yang bergembira dirumah dengan memuat naik video menari shuffle bersama isterinya.

Nampak? Tak semestinya pemain bola kena muat naik video main bola je kan?

Antara yang paling mencuri tumpuan adalah James Milner yang mengisi masa lapang musim cutinya dengan mengukur rumput.

Cabaran menimbang tisu tandas itu pada hari ini semakin tular sehingga pemain terbaik dunia Lionel Messi turut sama mengikuti cabaran itu.

Messi telah menyahut cabaran dari bekas rakan sepasukannya Xavi lalu beliau telah memuat naik video dirinya menyahut cabaran itu.

Setelah selesai, Messi kini mencabar rakan sepasukannya Arturo Vidal, Jordi Alba, Luis Suarez dan Sergio Aguero.

Messi kini sedang berehat sementara Liga di gantung dan terus membuat latihan sendiri dirumah bagi menanti sepak mula semula selepas Virus Covid-19 ini berjaya dikawal.

BACA:  Luis Suarez Dedah Lionel Messi Sengsara di PSG