Lionel Messi Pemenang Ballon d’Or 2019

Pemain genit dan serba lincah Barcelona yang berasal daripada Argentina yang dinobatkan sebagai antara pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, Lionel Messi telah dipilih sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or bagi tahun 2019.

Lionel Messi menjadi pemain bola sepak pertama dan satu-satunya dalam sejarah meraih anugerah Ballon d’Or buat kali ke-6 selepas memenanginya pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015.

Majlis anugerah yang berlangsung di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis itu menyaksikan Messi telah memotong dan berada dihadapan pencabarnya terdekatnya dalam tempoh 10 tahun ini, Cristiano Ronaldo.

France Football yang merupakan pengelola anugerah berprestij dalam dunia bola sepak telah mengeluarkan senarai 30 calon akhir beberapa bulan lalu untuk Anugerah France Football Golden Ball 2017 atau Ballon d’Or bagi tahun 2019.

Dalam senarai yang dikeluarkan ini menyaksikan pasukan paling power di muka bumi selepas Indonesia, Sang Penakluk Eropah, Liverpool mendominasi senarai calon dengan 7 pemain yang sememangnya diketahui hebat dan handal.

Setiap tahun para peminat bola sepak akan bertelagah dan bersetuju mengenai siapa pemain terbaik dunia dan pada masa yang sama, mereka tidak sabar untuk menantikan siapa yang bakal dijulang sebagai pemenang Ballon d’Or.

Ini merupakan trofi ke-6 yang berjaya diraih Lionel Messi sejak bergelar pemain bola sepak profesional.

Pemenang Ballon d’Or 2018, pemain perancang Croatia dan Real Madrid, Luka Modric yang memecahkan duopoly Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah menyampaikan trofi kemenangan kepada Lionel Messi.

Tahun ini dengan dominasi pemain Liverpool untuk anugerah ini semua sebluat suara bersetuju dan tida bangkangan kerana Liverpool terbukti handal, sepatutnya semua 25 pemain Liverpool tersenarai.

Anugerah ini dimulakan pada tahun 1956 dan pada tahun 2009, Ballon d’Or telah digabungkan dengan anugerah pemain terbaik dunia FIFA menjadi FIFA Ballon d’Or.

Perkahwinan ini hanya bertahan sehingga 2015, dan pada tahun berikutnya angerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik FIFA diberikan dalam majlis yang berasingan dan membolehkan kedua-dua anugerah kembali ke format asal.

Baca Juga

Baca Juga