Lionel Messi Pemenang Ballon d’Or 2021, Lewandowski Kecewa Lagi

Lionel Messi terus mengekalkan takhtanya sebagai pemain terbaik dunia apabila telah dipilih sebagai pemenangan anugerah Ballon d’Or bagi tahun 2021 dengan menewaskan 29 calon yang lain.

Pemain genit dan serba lincah yang berasal daripada Argentina menjadi pemain bola sepak pertama dan satu-satunya dalam sejarah meraih anugerah Ballon d’Or buat kali ke-7 selepas memenanginya pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012, 2015 dan 2019.

Lionel Messi telah menewaskan pencabar terdekatnya, Robert Lewandowski yang menjadi pemenang pertama anugerah baru Striker of the Year.

France Football telah mengumumkan senarai 30 calon akhir bagi anugerah Ballon d’Or 2021 beberapa bulan lalu selepas Anugerah bola emas bagi pemain bola sepak terbaik dunia anjuran majalah bola sepak popular France Football dibatalkan buat pertama kali dalam sejarah penganjuran pada tahun lalu.

Anugerah ini dimulakan pada tahun 1956 dan pada tahun 2009, Ballon d’Or telah digabungkan dengan anugerah pemain terbaik dunia FIFA menjadi FIFA Ballon d’Or.

Kerjasama ini hanya bertahan sehingga 2015, dan pada tahun berikutnya angerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik FIFA diberikan dalam majlis yang berasingan dan membolehkan kedua-dua anugerah kembali ke format asal

Pemain tengah dan juga sayap pasukan wanita Barcelona Alexia Putellas Segura yang berusia 27 tahun telah dipilih sebagai pemenang Ballon d’Or wanita bagi tahun 2021.

Pada musim lalu, meskipun Messi gagal membawa Barcelona menjuarai La Liga atau Liga Juara-Juara, dia tetap berjaya muncul penjaring terbanyak di La Liga dengan 30 gol, mengatasi jumlah jaringan daripada pesaingnya dari Real Madrid, Karim Benzema.

Prestasi cemerlang ini terus dibawa bersama ke pentas Copa America di Brazil di mana dia telah membantu pasukan kebangsaaan Argentina untuk menjuarai kejohanan tertinggi di Amerika Selatan ini buat kali pertama sejak tahun 1993, dan juga muncul penjaring terbanyak dan pemain terbaik kejohanan.

Kejuaraan ini juga merupakan piala utama yang pertama buat Messi di dalam jersi Argentina, selepas empat kali tewas dalam perlawanan akhir sebelum ini – tiga kali dalam Copa Amerika dan juga ketika tewas 0-1 kepada Jerman dalam Piala Dunia 2014.

Tempat pertama sehingga 10

1. Leo Messi (PSG)
2. Robert Lewandowski (Bayern Munich)
3. Jorginho (Chelsea)
4. Karim Benzema (Real Madrid)
5. N’ Golo Kanté (Chelsea
6. Cristiano Ronaldo (Manchester United
7. Mohamed Salah
8. Kevin de Bruyne (Manchester City)
9. Kylian Mbappé (PSG)
10. Gianluiggi Donnarumma (PSG)

Tempat ke-11 sehingga 15

11. Erling Braut Haaland (Borussia Dortmund)
12. Romelu Lukaku (Chelsea)
13. Giorgio Chiellini (Juventus)
14. Leonardo Bonucci (Juventus)
15. Raheem Sterling (Manchester City)

Tempat ke-16 sehingga 20

16. Neymar (PSG)
17. Luis Suarez (Atletico Madrid)
18. Simon Kjaer (AC Milan
19. Mason Mount (Chelsea)
20. Riyad Mahrez (Manchester City)

Tempat ke-21 sehingga 25

21. Bruno Fernandes (Manchester United)
21. Lautaro Martinez (Inter Milan)
23. Harry Kane (Tottenham Hotspur)
24. Pedri (Barcelona)
25. Phil Foden (Manchester City)

Tempat ke-26 sehingga 29

26. Nicolo Barella (Inter Milan)
26. Ruben Dias (Manchester City)
26. Gerard Moreno (Villarreal)
29. Luka Modric (Real Madrid)
29. Cesar Azpilicueta (Chelsea)

Striker of the Year

Striker of the Year merupakan anugerah baru yang diperkenalkan oleh France Football dalam anugerah Ballon d’Or bagi tahun 2021 bagi memberi pengiktirafan kepada penyerang terbaik dunia.

Dan pemain penyerang berbisa lagi prolifik Bayern Munich dan Poland, Robert Lewandowski menjadi pemenang buat julung kalinya lantaran kecemerlanganya dalam tempoh dua tahun ini.

Robert Lewandowski telah bermain 54 perlawanan untuk Bayern Munich dan Bayern pada tahun 2021 dan hanya gagal menjaringkan gol dalam 12 perlawanan dengan jumlah 64 gol.

Kopa Trophy

Pedri pemain muda Barcelona dan Sepanyol yang diperah kaw-kwa sepanjang tahun 2021 telah dipilih menjadi pemenang Kopa Trophy 2021 menewaskan 9 calon yang lain.

Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang 12 bulan yang lalu adalah fasa yang menarik buat pemain tengah muda Barcelona dan Sepanyol yang berasal dari Canary Island, Pedri.

Pada 20 Ogos 2020 Pedri tiba di Nou Camp dari kelab divisyen dua Las Palmas dan berjaya menempatkan diri dalam pasukan utama pada usia 17 tahun, dia mendapat pujian daripada ramai rakan pemain termasuk Lionel Messi dan Sergio Busquets.


Lebih manis, musim debut bersama kelab Catalan tersebut disudahi dengan kejayaan menjulang Copa del Rey.

Pada bulan September tahun lalu, dia mendapat panggilan pertama untuk menyarung jersi Sepanyol dengan memperkuatkan pasukan bawah-21 negara tersebut, kemudian dia mendapat kepercayaan daripada Luis Enrique untuk menjadi pemain tonggak skuad senior dalam kempen Euro 2020 di mana dia bermain hampir setiap minit buat pasukan La Furias Rojas, sehingga dinamakan sebagai pemain muda terbaik kejohanan.

Sebaik tamat Euro, Pedri dibawa pula ke Tokyo untuk mewakili pasukan bawah-23 negaranya untuk bertanding dalam sukan Olimpik, dan dia bersama rakan sepasukan berjaya pulang dengan pingat perak.

Cerita perjalanan karier pemain ini sangatlah padu sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu dan melayakkanya menjulang trofi ini:

1. Pedri
2. Jude Bellingham
3. Jamal Musiala
4. Nuno Mendes
5. Mason Greenwood
6. Bukayo Saka
7. Florian Wirtz
8. Ryan Gravenberch
9. Jérémy Doku
9. Giovanni Reyna

Anugerah Kopa Trophy adalah satu pengiktirafan dari France Football kepada pemain muda bpla sepak dari seluruh dunia yang bakal menjadi tonggak bola sepak dunia suatu hari nanti.

Trofi ini dinamakan sempena nama pemenang Ballon d’Or tahun 1958, Raymond Kopa yang telah memenangi 3 Europeans Cup dan juga pemain istimewa Real Madrid pada tahun 50-an.

Anugerah ini buat pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2018 dan Kylian Mbappe yang merupakan juara dunia pada ketika itu menjadi pemenang pertama.

2021 – Pedri
2020 – Batal
2019 – Matthijs de Ligt
2018 – Kylian Mbappe

Yashin Trophy

Gianluigi Donarumma menjadi pemenang Yashin Trophy tahun 2021 sekaligus menobatkan penjaga gol Paris Saint Germain ini sebagai penjaga gol terbaik dunia ketika ini dan merupakan pemenang kedua sejakdiperkenalkan pada 2019.

Yashin Trophy merupakan anugerah baru yang diperkenal di Anugerah Ballon d’Or 2019 yang berlangsung di di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis khas untuk penjaga gol yang sering dianak tirikan.

Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Kali terakhir penjaga gol memenangi Ballon d’Or adalah pada tahun 1963 apabila penjaga gol lagenda, Lev Yashin diangkat sebagai pemenang.

Alisson Becker yang merupakan penjaga gol pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang memenangi anugerah Yashin Trophy.

BACA:  Lima Penerima Anugerah Ballon D'or Terhebat Dalam Sejarah Barcelona