Kedah gagal untuk mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia 2017 apabila tewas kepada Johor Darul Takzim (JDT) dengan jaringan dua gol tanpa balas. Kedah harus menyalahkan diri sendiri kerana melakukan kesilapan yang memberi gol kepada lawan.
Sepanjang perlawanan akhir ayam tambatan Kedah, Liridon Krasniqi dikawal ketat oleh Natxo Insa menyebabkan Liridon gagal untuk berfungsi seperti biasa, namun itu tidak menghalang Liridon untuk mempamerkan kelincahan dengan aksi menarik.
Kekalahan tersebut nyata mengecewakan Liridon untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut. Sebelum perlawanan bermula Liridon telah menerima suntikan dan kata-kata semangat dari pemain Liverpool Emre Can.
Pemain tengah Liverpool power this is our year merupakan sahabat baik kepada Liridon.
Liridon yang kecewa dengan kekalahan di tangan JDT yang berjaya menjulang Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah mereka telah meluah perasaan kecewa dengan penuh syahdu lagi sendu di laman muka bukunya.
“Aku berjaya kerana aku mampu melakukan benda yang kau tak mampu buat. Aku akan berjuang menempuh halangan. Aku akan berkorban. Aku tidak akan dibelenggu dengan ketakutan, kegoyahan dan ketidakpastian.”
https://www.facebook.com/shares/view?id=1480931148650344
Kebanggaan akan membunuh.
“Aku merasai emosi sedemikian tetapi aku hirup dan menelan emosi itu jauh kedalam kegelapan neraka.”
“Aku dimotivasikan dengan kejayaan bukan kebanggaan. Kebanggan akan memakan mereka yang lemah dan membunuh hati mereka dari dalam.”
“Jika aku jatuh aku akan bangun, jika aku tewas aku akan kembali. Aku tidak akan berhenti untuk terus menjadi lebih baik”
Biarkan aku menangis.
“Aku tidak akan sesekali berputus asa, tetapi hari ini biarkan aku menangis! Esok cuti.”
Semoga Liridon akan bangkit dan bertambah baik musim hadapan.