Para peminat mengeluh dan menggelar Liverpool sebagai ‘LiVARpool’ selepas gol Sadio Mane bertemu Villarreal tidak dibatalkan walau beliau dikatakan berada di kedudukan offside.
Liverpool dilihat sangat bergelut mahu mencari gol sepanjang aksi 45 minit pertama permainan dek kerana skuad kendalian Unai Emery itu menerapkan corak permainan ultra defensive.
Liverpool walau bagaimanapun berjaya meledak dua gol dalam tempoh dua minit pada aksi babak kedua permainan dalam aksi yang dilangsungkan di Anfield itu.
🚨 NEW: Sadio Mané has revealed that Liverpool changed the schedule of the club's Muslim players to work around fasting during the holy month of Ramadan. #awlive [bein sports] pic.twitter.com/bKSWZaZbzu
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) April 27, 2022
Gol pertama Liverpool terhasil selepas bola hantaran Jordan Henderson terbias terkena kaki Pervis Estupinan sebelum masuk ke gawang Villarreal sendiri.
Tidak lama selepas mendahului 1-0 Liverpool berjaya memperoleh gol kedua mereka dalam perlawanan ini menerusi Sadio Mane yang memanfaatkan hantaran cantik dari Mo Salah.
Terdapat pertikaian tentang gol tersebut kerana ramai yang mendakwa Sadio Mane berada di kedudukan offside sebelum menjaringkan gol tersebut.
VAR sendiri sudah menyemak gol tersebut dan mendakwa Mane sememangnya berada di kedudukan onside.
Walau bagaimanapun, para peminat masih tidak berpuas hati dan merasakan Liverpool terlalu dimanjakan oleh pengadil dan VAR.
Dek kerana VAR hanya mengambil masa yang singkat untuk menyemak gol tersebut maka peminat merasakan semakan itu sebenarnya ala kadar sahaja.
Raheem Sterling is offside here, but Sadio Mané is onside? Interesting. 🤔 pic.twitter.com/1xt1N5d98R
— City HQ (@The_City_HQ) April 27, 2022
That offside looked very suspect to me 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
— Tom Garratt (@Tgarratt10) April 27, 2022
Mane is about as offside as Sterling was in our game against them but guess what…… 1 gets given 1 gets disallowed
— Warren (@warrenmcfc) April 27, 2022
Chelsea scored an identical goal to Mané's against Liverpool earlier in the season and it was called offside.. Liverpool do not get calls going against them ever it's ridiculous
— 2x (@bdon10) April 27, 2022
#LIVVIL So the arm of Mane is not offside? How many goals in the past have been ruled out for the same offence? pic.twitter.com/c714DpoJLU
— ˜”*°• Megaleodis •°*”˜ (@megaleodis) April 27, 2022
How is Mane not offside there. Different rules for Liverpool by the look of it. Almost alseep already at the thought of an all English final
— Paul Mundy (@mundy_paul) April 27, 2022
“Berat sebelah, saya rasa Chelsea, Manchester City dan Arsenal semua pernah ada dalam situasi sama tapi gol mereka dibatalkan.”
“Kenapa keputusan VAR tak konsisten? Kenapa sentiasa memihak kepada Liverpool?”
“LiVARpool sentiasa disokong oleh VAR dan pengadil perlawanan. Saya rasa benda ni dah terlalu kerap berlaku.”
“Adakah pengadil takut dengan Jurgen Klopp? Bagi saya Mane offside sebab Sterling sebelum ini ada di kedudukan sama dan gol dia dibatalkan.”
“Macam mana boleh VAR hanya ambil masa satu minit sahaja untuk semak? Langsung tak adil, saya rasa Villarreal di rompak.”
Celebrating his 14th goal in the #UCL knockout stages 🤩
Sadio Mane. What a player 👏 pic.twitter.com/4WtdeJ3wXE
— Liverpool FC (@LFC) April 27, 2022
Champions League 2021/22: Liverpool 2-0 Villarreal
Skuad kendalian Unai Emery berkunjung ke Anfield untuk beraksi bertemu Liverpool dalam aksi leg pertama peringkat separuh akhir saingan Champions League.
Villarreal mengejutkan dunia bola sepak selepas kejayaan mereka menyingkirkan Bayern Munich di peringkat suku akhir sebelum ini.
Kejayaan mereka menyingkirkan calon kegemaran jelas sekali membuka mata ramai pihak yang gergasi La Liga itu merupakan pasukan yang perlu diberi perhatian musim ini.
🚨JUST IN🚨
Liverpool player ratings as Thiago Alcantara sublime and six others brilliant against Villarreal.@IanDoyleSport🆕 #LFC https://t.co/yDFg45mNAj
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) April 27, 2022
Liverpool sementara itu layak ke peringkat separuh akhir selepas kejayaan mereka menyingkirkan gergasi Portugal, Benfica di peringkat suku akhir.
Liverpool sememangnya dianggap antara calon paling layak untuk memenangi gelaran Champions League musim ini dan mereka juga dijangka tak ada masalah untuk menewaskan Villarreal.
Liverpool sudah mula melancarkan beberapa siri serangan menguji gawang gol Villarreal dengan anak-anak buah Unai Emery itu mempamerkan aksi persembahan ultra defensive.
Tak jauh beza dengan persembahan mereka ketika bertemu Everton kemarin, Liverpool dilihat mudah mengawal bola tanpa masalah.
Anak-anak buah Jurgen Klopp itu dilihat sangat dominan dengan mereka menguasai lebih 70% penguasaan bola dalam perlawanan ini.
53'—Liverpool 1-0 Villarreal
55'—Liverpool 2-0 Villarreal— B/R Football (@brfootball) April 27, 2022
Liverpool turut disajikan dengan beberapa peluang keemasan dari Mohamed Salah dan Sadio Mane namun mereka masih gagal untuk memperoleh sebarang gol.
Villarreal benar-benar bertahan dengan sangat baik dalam perlawanan ini hingga menyebabkan jentera serangan Liverpool mati kutu mahu melancarkan serangan.
Tidak ada tanda-tanda Unai Emery mahu mengubah taktikalnya dengan beliau masih kekal mengarahkan anak-anak buahnya supaya tetap bertahan.
Sadio Mane disajikan dengan beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun malangnya beliau gagal untuk memanfaatkan kesempatan yang ada.
Mohamed Salah kerap membuka permainan untuk Sadio Mane namun segala usaha mereka berakhir dengan sia-sia.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan dengan Villarreal benar-benar bermain dengan corak ultra defensive.
Masuk aksi babak kedua, Liverpool terus mendominasi permainan dengan melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Villarreal.
⏰ RESULT ⏰
Liverpool in control.
🔴 Estupiñán own goal and Mané effort secures home win
🟡 Villarreal suffer first defeat in 6 Champions League games🤔 Who impressed you most? #UCL
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) April 27, 2022
Pada minit ke-49 permainan, Liverpool berjaya memperoleh gol pertama mereka menerusi Fabinho namun sayangnya gol itu dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana beliau berada di kedudukan offside.
Tiga minit selepas itu, Liverpool akhirnya berjaya juga meledak gol pertama mereka menerusi Jordan Henderson.
Henderson menerima bola umpanan cantik sari Mohamed Salah dengan beliau kemudiannya melambungkan bola ke dalam kotak penalti mencari Luis Diaz.
Bola hantaran Henderson walau bagaimanapun terkena kaki Pervis Estupinan lalu masuk ke gawang Villarreal.
Gol itu dikira sebagai gol sendiri dengan Pervis Estupinan dinamakan sebagai penjaring gol tersebut.
Beberapa minit sahaja selepas itu, Liverpool berjaya menggandakan kedudukan menerusi Sadio Mane yang menyempurnakan hantaran Mohamed Salah.
Salah bijak melorongkan bola masuk ke dalam kotak penalti dengan Mane berlari mengejar bola tersebut lalu menguis bola tersebut menewaskan Geronimo Rulli.
Full time: Liverpool 2-0 Villarreal
Two goals in two minutes puts Reds in control of the semi final.https://t.co/ipwExo1zql
— This Is Anfield (@thisisanfield) April 27, 2022
Liverpool kemudiannya bermain seolah-olah sedang menjalani sesi latihan dengan mereka saling bertukar hantaran di kawasan tengah padang.
Villarreal sempat bermain open game tapi hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja sebelum mereka kembali bermain secara defensive.
Pada minit-64 permainan, Andy Robertson berjaya menjaringkan gol ketiga Liverpool hasil hantaran cantik dari Trent Alexander Arnold.
Walau bagaimanapun gol tersebut telah dibatalkan oleh penjaga garisan yang mengesan Andy Robertson datang dari kedudukan offside.
Liverpool terus menerus melancarkan serangan namun mereka gagal untuk melepasi barisan pertahanan Villarreal.
Perlawanan tamat dengan keputusan Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 walau berdepan Villarreal yang bermain secara terlalu bertahan.
NEW: Liverpool 2-0 Villarreal: Job done in Anfield semi-final https://t.co/x4e00brEaT
— This Is Anfield (@thisisanfield) April 27, 2022
Kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertemu pada 4 Mei nanti di Estadio de La Ceremica.
Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Konate, Van Dijk, Robertson; Fabinho, Henderson, Thiago; Salah, Diaz, Mane
Pemain simpanan: Adrian, Kelleher, Matip, Gomez, Williams, Milner, Keita, Oxlade-Chamberlain, Elliott, Minamino, Jota, Origi
Villarreal: Rulli; Foyth, Albiol, Torres, Estupinan; Chukwueze, Parejo, Capoue, Coquelin; Lo Celso; Danjuma
Pemain simpanan: Asenjo, Jorgensen, Gaspar, Alcacer, Iborra, Trigueros, Dia, Pena, Mandi, Gomez, Pedraza, Aurier
Sumber: SPORTbible