Liverpool Bakal Bida Mbappe Dengan Harga £215 Juta Musim Hadapan?

liverpool mbappe

Liverpool dilaporkan akan berentap secara kepala bertemu kepala dengan Real Madrid bagi mendapat pemain muda paling sensasi ketika ini yang terbukti hebat dan menjadi antara pemain terbaik dunia, Kylian Mbappe.

Satu laporan daripada Sepanyol telah melaporkan bahawa Liverpool akan membida Kylian Mbappe dengan nilai £215 juta pada jendela perpindahan musim panas tahun hadapan.

Khabar angin mengenai minat Liverpool untuk mendapatkan Mbappe mula bertiup kencang pada bulan lalu di mana ada yang percaya penjanjian dengan Nike akan merealisasikan perpindahan ini.

Laporan daripada Eldesmarque menyebut Liverpool bersedia dengan tawaran sebanyak £215 juta yang merupakan rekod perpindahan dunia jika ianya terjadi.

Cuba untuk menguatkan berita ini, alasan Liverpool mampu untuk mendapatkan Mbappe kerana kurang membeli pemain baru pada jendela perpindahan 2019/20.

Liverpool juga dikatakan bersedia membayar gaji yang tidak masuk akal kepada Mbappe dengan jumlah £34 juta setahun. Ini merupakan satu cara untuk memadamkan minat daripada Real Madrid.

Jika benar Liverpool berjaya mengikat Mbappe maka Liverpool akan terpaksa memberi tempat kepada beliau dan Mohamed Salah bakal dijual.

Eldesmarque juga menyebut Salah akan menjadi sasaran Real Madrid jika gagal mendapatkan Mbappe. Nak ke Salah bernaung dibawah Sergio Ramos yang mematahkan bahu beliau?

Khabar angin bahawa Mbappe akan ke Anfield bermula selepas berjaya memenangi kes di makhamah dengan pengeluar baju daripada Amerika Syarikat, New Balance.

Penajaan antara Liverpool dan New Balance akan tamat pada penghujung musim ini dan Liverpool dilaporkan akan mengikat perjanjian dengan syarikat gergasi, Nike.

Dengan kuasa wang yang ada pada Nike, peminat menjangkakan Liverpool bakal mendapatkan satu pemain super power dengan nama besar.

Semua ini khabar angin sahaja setakat ini, baca boleh percaya jangan dan segala kemungkinan boleh terjadi.

Jika Salah dijual sudah pasti harganya mencanak-canak dengan prestasi cemerlang Liverpool sejak dua musim lalu maka dari segi kewangan perkara ini tidak mustahil.

Semuanya terpulang kepada Liverpool dan Jurgen Klopp. Takkan nak berjudi nasib dengan Mbappe yang belum tentu cermerlang di Premier League dengan menjual Salah yang terbukti power?

Dengan £215 juta, Klopp boleh mendapatkan 3-4 pemain lain dengan harga £50-60 juta bagi memperkuatkan pasukan yang sedia kuat ini.

Nama pun rumour kan? Buat modal borak sedap la.

Baca Juga

Baca Juga