Liverpool Bakal Ditabalkan Juara Musim Ini Sekiranya Liga Tidak Bersambung

Premier League, FA, EFL dan WSL sebulat suara telah bersetuju untuk menggantung kesemua perlawanan bola sepak profesional di England.

Penangguhan ini dibuat sehingga 4 April dan bergantung kepada nasihat kesihatan dan keadaan pada waktu itu.

Chief Executive Premier League, Richard Masters berkata:

“Pertama sekali, kami berharap Mikel Arteta dan Callum Hudson-Odoi dan mereka yang dijangkiti Covid-19 ini cepat sembuh.”

“Dalam situasi yang tidak pernah terjadi sebelum ini, kami berkerjasama rapat dengan kelab, kerajaan, FA dan EFL bagi menjaga kesihatan dan kebajikan pemain, staf dan penyokong yang merupakan keutamaan kami.”

“Dalam cabaran yang dihadapi kini, Premier League mensasarkan untuk menjadualkan semula perlawanan yang ditangguh termasuklah perlawanan pasukan akademi apabila situasi kembali selamat.”

Sejak pihak FA membuat keputusan untuk menggantung Liga Perdana sehingga April nanti, banyak desas desus yang mengatakan kemungkinan Liga Perdana akan dibatalkan dan bakal bermula semula seperti biasa untuk musim baru nanti.

Jadi ada kemungkinan bahawa pasukan kendalian Jurgen Klopp mungkin tidak akan ditabalkan sebagai Juara Liga Perdana musim 2019/20.

Beberapa andaian telah dibangkitkan berkaitan isu ini. Sekiranya Liga yang kini digantung tidak beraksi semula pada April seperti yang dijangkakan.

Mereka berkemungkinan akan menyambung semula baki perlawanan Liga pada musim panas nanti memandangkan Euro 2020 sudah ditangguhkan ke 2021.

Kemungkinan juga, Liga akan dihentikan terus dan Liverpool bakal ditabalkan sebagai Juara musim ini, kerana kebarangkalian untuk mereka memenangi Liga lebih tinggi dari pasukan lain.

Liverpool kini selesa mendahului Liga Perdana dengan kelebihan 25 mata dan hanya memerlukan dua kemenangan lagi untuk ditabalkan sebagai Juara.

Namun keputusan sebenar dari pihak FA masih belum diketahui. Pihak FA akan mengadakan satu lagi mesyuarat tergempar pada Khamis nanti untuk membincangkan isu ini.

Segala keputusan bakal diumumkan oleh pihak mereka selepas perbincangan itu. Sama ada meneruskan baki perlawanan pada 4 April atau pada musim panas nanti dan mungkin Liga Perdana akan dibatalkan.

Namun pihak FA sendiri sudah menyediakan pelan radikal Jika Liga musim ini tidak dapat diteruskan lagi ekoran penularan Virus Covid-19.

TalkSPORT melaporkan bahawa, Premier League kini ada beberapa alternatif lain untuk menangani isu ini.

Antaranya adalah memendekkan musim liga 2019/20. Jika ini berlaku, Liverpool akan diberikan terus kejuaraan, berdasarkan kedudukan semasa The Reds berada 25 mata di atas Man City.

Sementara itu Leeds United dan West Brom bakal dipromosikan ke Liga Perdana Inggeris dari Liga Championship.

Kesemua baki perlawanan Liga Perdana telah digantung sehingga 4 April pada awalnya, tetapi dikhuatiri kempen itu tidak boleh disambung semula kerana pandemik yang semakin teruk.

Liverpool berpotensi menjadi juara tanpa perlu turun lagi bermain. Perkara itu seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat tergempar oleh Premier League pada Sabtu lalu.

Di mana Telegraph telah mendedahkan rancangan berani dan kontroversi itu bakal diperkenalkan.

Menurut laporan, terdapat beberapa pihak juga yang kurang setuju untuk menyerahkan gelaran liga pertama kepada Liverpool dalam 30 tahun.

Namun kedudukan Liverpool ketika ini sangat jauh iaitu 25 mata di atas pasukan lain. Dan hanya dibezakan 6 mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan.

Ada juga yang mencadangkan bahawa musim ini tidak perlu ada penyingkiran. Jika itu berlaku, EPL jelas lebih akan mengekalkan pasukan di tangga ke-19 dan ke-20 pada hari liga ditamatkan awal (jika berlaku).

Jumlah ini akan ditambah dengan pasukan yang kini menduduki tangga pertama dan kedua dalam kempen Liga Championship iaitu Leeds dan West Brom.

Jadi musim hadapan terdapat 22 pasukan yang akan bersaing dalam EPL.

Jika ini berlaku, bermakna Leeds bakal kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris buat pertama kali dalam  masa 17 tahun.

Cuma sekarang ini, Premier League masih mencari solusi untuk menentukan pasukan yang bakal bermain di Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.

UEFA akan bermesyuarat pada hari Selasa untuk membincangkan situasi pertandingannya selepas ini, termasuk Kejuaraan Eropah pada musim panas ini.

UCL dan UEL juga digantung sementara. Tiada peraturan khas yang boleh diguna atau diketangahkan berkaitan dengan situasi yang sedang berlaku hari ini.

Namun Liga Perdana berkemungkinan bakal menghadapi  penggantungan terpanjang sejak Perang Dunia Kedua.

Pengerusi FA Greg Clarke dilaporkan memberitahu Liga Premier bahawa beliau tidak yakin musim domestik musim ini dapat diselesaikan kerana pandemik virus Covid-19.

Angka-angka terbaru menunjukkan 798 kes yang disahkan di UK, termasuk sebelas kematian, dan jabatan kesihatan di UK khuatir, ketika ini mungkin 10,000 jangkitan sedang berlaku tanpa diketahui.

Pengurus pasukan Arsenal, Mikel Arteta dan Chelsea, Callum Hudson-Odoi, kedua-duanya telah disahkan positif koronavirus. Dan kedua dua mereka sudah pun kembali pulih.

BACA:  Liverpool Santai Ke Final Piala Carabao Walaupun Seri Di Craven Cottage