Liverpool bakal melalui minggu penting tanpa nadi utama mereka, Thiago Alcantara yang berkemungkinan akan terlepas aksi Carabao Cup, Premier League dan Champions League dalam tempoh tujuh hari akan datang.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu telah dikeluarkan ketika aksi kemenangan 3-0 Liverpool menewaskan Crystal Palace hujung minggu lalu.
Pembantu pengurus, Pepijn Lijnders telah mengesahkan yang Thiago Alcantara mengalami kecederaan betis.
Liverpool could be without influential midfielder Thiago Alcantara #LFC https://t.co/B9acDqzSxu
— talkSPORT (@talkSPORT) September 21, 2021
Beliau ketika itu telah digantikan oleh Naby Keita yang menjaringkan gol ketiga Liverpool dalam perlawanan tersebut.
Kehilangan Thiago memberi kesan buruk kepada skuad kendalian Jurgen Klopp yang sebelum ini kehilangan seorang lagi pemain midfield, Harvey Elliott.
Lijnders telah mendedahkan yang Thiago hampir pasti untuk tidak akan diturunkan dalam aksi bertemu Norwich esok, dan turut akan terlepas aksi bertemu Brentford dalam saingan Premier League hujung minggu ini.
Tidak pasti sama ada beliau akan sempat cergas sepenuhnya atau tidak menjelang aksi bertemu Porto dalam saingan Champions League minggu hadapan.
“Thiago, bagaimana pengurus katakan selepas perlawanan, ia adalah kecederaan betis. Sekarang saya tak boleh katakan berapa lama diperlukan, tapi yang pasti bukan esok dan bukan hujung minggu ini.”
⭕ Trent
⭕ Thiago
⭕ Bobby
⭕ NecoPep Lijnders has given a #LFC injury update 👇 pic.twitter.com/NSi81fuZNG
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 20, 2021
Jelas Lijnders kepada Liverpoolfc.com.
“Kita perlu dapatkan keputusan ujian dan laporan diagnosis yang lebih tepat. Satu tamparan yang besar, dia merupakan pemain penting di padang, dia seorang playmaker yang cemerlang. Agak sedih kita kehilangan dia.”
“Dalam satu minggu, kita hilang dua pemain midfield yang paling berpengaruh, itu merupakan gal yang buruk.”
Walau bagaimanapun, berita gembira untuk kem Liverpool, Trent Alexander Arnold berkemungkinan akan kembali beraksi selepas beliau direhatkan ketika aksi hujung minggu lalu.
Pemain kebangsaan England itu tidak diturunkan ketika aksi kemenangan menewaskan Crystal Palace kerana sakit, dengan James Milner dipertanggungjawabkan untuk menggantikan beliau.
⭕ #LFC injury update
⭕ Ibrahima Konate's debut
⭕ Youngster who made him 'call Jurgen Klopp immediately'
⭕ Curtis Jones set to startPep Lijnders is always fascinating to listen to – and today was no different.
Key bits analysed here ⤵️https://t.co/IMkG4fCA8E
— Matt Addison (@MattAddison97) September 20, 2021
Namun pembantu pengurus Liverpool itu turut mendedahkan yang Alexander Arnold hanya akan kembali pada hujung minggu nanti, dan sakit yang beliau alami bukan C0V-19.
“Kita bermula dengan Trent. Perlawanan kita kebiasaannya akan bermula jam 12 bertemu Palace, dia menunjukkan rasa tanggungjawab dengan berjumpa terus dengan doktor.”
“Ia bukan hal yang mudah kerana mereka tak akan cerita dengan doktor, mereka mahu bermain, bahkan walau sakit atau mereka rasa gigil, sakit, mereka tetap mahu main. Tapi Trent ada rasa tanggungjawab dengan beliau pergi berjumpa doktor.”
“Bila bercakap tentang Trent, saya perlu bercakap tentang Millie, ia bermula dengan James Milner turun bermain dan beliau kemudiannya mendominasi sepenuhnya sudut sebelah kanan. Kita tak ada masalah di situ, kita ada Trent ada pemain pemain berpengalaman, kita ada banyak lagi.”
🗣️"That's really the bad thing of this weekend that we lose two really influential midfielders with Harvey and Thiago in one week."
Lijnders issues an injury update on Trent Alexander-Arnold, Bobby Firmino & Thiago Alcantara 🤕 #LFC pic.twitter.com/Xz5lI5cvUx
— Empire of the Kop (@empireofthekop) September 20, 2021
“Jadi sangat berbangga dan sangat gembira kita ada semua pemain yang boleh isi kekosongan yang ada dan lakukan apa yang dia lakukan.”
“Trent tak ada symptoms, tiada tanda C0V-19. Kita sudah lakukan ujian. Dia akan baik-baik sahaja dalam tempoh beberapa hari lagi, tapi aksi bertemu Norwich terlalu awal.”
Sumber: talkSPORT