Penyandang juara Champions League, Liverpool bakal meraih wang hampir RM25 juta (£4.5 juta) jika gergasi Jerman, Bayern Munich muncul juara Champions League bagi musim 2019/20 awal pagi esok.
Bayern Munich akan bertemu Paris Saint Germain(PSG) diperlawanan akhir selepas menewaskan Lyon 3-0, manakala PSG mara selepas menundukkan RasenBallsport Leipzig juga dengan jaringan 3-0.
Gergasi Bundesliga itu yang kaya dengan sejarah samada akan diperingkat domestik dan Eropah, manakal pasukan dari Paris itu pula kaya dengan wang ringgit untuk dileburkan hasil pelaburan pemiliknya.
🇫🇷 Paris 🆚 Bayern 🇩🇪
Final debutants 🆚 five-time winnersWho will win the 2020 #UCLfinal?#UCLfixtures | @GazpromFootball pic.twitter.com/ZbDJtFMjGL
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 23, 2020
Ini merupakan kali pertama, PSG berjaya mara ke pentas kejohanan paling agung di Eropah ini, Champions League selepas bertahun-tahun mencuba dengan pelbagai pelaburan telah dihabiskan.
Kemenangan Bayern Munich sudah pasti akan diterima dengan senyuman manis oleh Liverpool dan ini semua berpunca dariapada bekas pemain mereka Philippe Coutinho yang masih mampu menyumbang selepas dijual.
75': Philippe Coutinho comes on
82': Philippe Coutinho assists
85': Philippe Coutinho scores
89': Philippe Coutinho scoresWorth every penny for Barcelona… oh wait. 🙃 pic.twitter.com/VJtVdzVUVy
— Squawka News (@SquawkaNews) August 14, 2020
Philippe Coutinho telah memerah limau nipis ke atas luka kekalahan teruk lagi mengaibkan kelab Catalah itu dengan jaringan 8 gol yang mampu dibalas kembali dengan 2 jaringan sahaja.
Tiga gol terhasil dalam tempoh 7 minit sahaja dan ketiga-tiga itu melibatkan Coutinho, dua gol sebagai penjaring dan satu gol lagi melalui Robert Lewandowski hasil assist pemain Brazil itu.
Kontrak Yang Bakal menguntungkan Liverpool
Ketika dipinjamkan ke Bayern Munich tiada syarat diletakkan dalam kontrak oleh Barcelona bahawa Coutinho tidak boleh turun beraksi ketika menentang Barcelona. Syarat yang sudah menjadi kebiasaan buat kelab Eropah.
Kerosakkan telah terjadi apabila tiga gol Coutinho menyebabkan Barcelona bolos 8 gol buat pertama kali sejak tewas kepada Sevilla dengan jaringan yang sama pada tahun 1946 di Spanish Cup.
Pedih bukan?
8-7 – Bayern Munich have scored more goals (8) than Barcelona have had shots (7) in tonight's game. Embarrassment. pic.twitter.com/GoGEGmUtlv
— Optajean (@OptaJean) August 14, 2020
Dan lebih teruk lagi jika, Bayern Munich muncul juara Champions League musim ini kerana Barcelona akan terpaksa membayar Liverpool £4.5 juta ($5.8 juta) lebih kuran RM25 juta seperti yang tertera dalam kontrak.
Salah satu klausa atau syarat dalam kontrak ketika Barcelona mengikat Coutinho adalah:
“Barcelona perlu membayar sejumlah wang kepada Liverpool jika pemain Brazil itu menjuarai Champions League pada musim 2018/19 atau 2019/20.”
Lebih malang dalam kontrak itu tidak disebut secara spesifik samada Coutinho perlu menang bersama Barcelona sahaja atau kelab lain bagi membolehkan Liverpool meraih ganjaran.
Barcelona will have to pay Liverpool €5m if Philippe Coutinho wins the Champions League with Bayern Munich this season, according to the Mirror.
The report says the clause in Coutinho's contract does not specify that he has to win the #UCL while playing for Barca.
Imagine 🤣 pic.twitter.com/MlitCoQPW2
— Goal (@goal) August 15, 2020
Oleh sebab itu secara teknikalnya jika, Bayern Munich muncul juara, Liverpool boleh menuntut wang daripada Barcelona. Baler! Baler!
Sejak meninggalkan Liverpool pada 2018, perjalanan karier Coutinho tidaklah seindah dan sepadan dengan tanda harga yang dimiliki oleh beliau.
Apa yang menariknya, kesemua kejuaraan besar yang beliau impikan dan yakin tidak akan mampu dimenangi oleh Liverpool kini semuanya sudah berjaya dijulang oleh bekas rakan sepasukannya.
Saingan Liga Juara-juara, Super Cup, FIFA Club World Cup, dan terbaru saingan Liga Perdana Inggeris, semuanya berjaya dimenangi oleh anak-anak buah kendalian Jurgen Klopp sejak pemergiannya.
Neymar & Coutinho go way back 🥰
𝗪𝗵𝗶𝗰𝗵 🇧🇷 🌟 𝘄𝗶𝗹𝗹 𝗯𝗲 𝗰𝗲𝗹𝗲𝗯𝗿𝗮𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗼𝗻 𝗦𝘂𝗻𝗱𝗮𝘆?#UCLfinal pic.twitter.com/3iqDv2ocJt— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 22, 2020
Sejak meninggalkan Liverpool, Coutinho telah memenangi dua gelaran La Liga bersama Barcelona namun menang La Liga seperti satu rutin saban tahun buat mereka.
Tiada impak daripada Coutinho untuk Barcelona kerana tanpa pemain itu Barcelona akan tetap bergelar juara.
Musim 2019/20 menyaksikan Coutinho tidak lagi diperlukan dan dipinjamkan ke Bayern Munich dengan pilihan belian tetap tetapi gergasi Jerman itu nyata tidak berminat.
Kekecewaan karier Coutinho selama 18 bulan bersama Barcelona akhir seperti sudah dilepaskan geramnya ke atas pasukan Barcelona sendiri.