Liverpool Berminat Mendapatkan Sergio Ramos?

Pasukan bola sepak paling hebat di muka bumi ini dan tiada tanding tara, Liverpool sekali lagi dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan legenda Real Madrid, Sergio Ramos.

Pada bulan November lalu sudah berteberan berita Liverpool dan Sergio Ramos yang bakal menjadi pemain percuma selepas kontraknya tamat akan tamat pada hujung musim ini.

Khabar angin kali ini pula melaporkan bahawa, Liverpool akan mendapatkan Sergio Ramos pada jendela perpindahan januari ini bagi menyelesaikan masalah pertahanan tengah.

Isu ini telah dihangatkan kembali oleh media televisyen dari Sepanyol El Chiringuito TV.

Jurgen Klopp kini menghadapi masalah dengan beberapa pemain utamanya terpaksa diketepikan kerana mengalami masalah kecederaan selain jumlah penalti yang diperoleh Ole Gunnar Solskjaer.

Masalah terbesar yang dihadapi olehnya adalah, Liverpool telah kehilangan kedua-dua pemain centre back utama mereka, Van Dijk dan Joe Gomez serta Joel Matip.

Virgil Van Dijk dan Joe Gomez terpaksa berehat panjang kerana mengalami masalah kecederaan dan Liverpool kini terdesak untuk mendapatkan pengganti mereka.

Antara pemain yang dilaporkan menjadi sasaran Liverpool adalah pemain sasaran Manchester United, Dayot Upamecano dan bintang Napoli, Kalidou Koulibaly sebagai jalan penyelesaian untuk masalah pertahanan mereka.

Ada laporan menyatakan bahawa Liverpool telah menafikan telah membuat tawaran untuk mendapatkan Sergio Ramos.

Sergio Ramos yang akan menjejak usia 35 tahun telah berkhidmat di Santiago Bernabeu selama 15 tahun dan telah menggilap dirinya selaku salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia.

Sepanjang kariernya bersama Real Madrid, Sergio Ramos telah menjaringkan 103 goi dan ini merupakan satu rekod jaringan yang sangat gila bagi pemain pertahanan.

Dengan usianya, Ramos mungkin boleh menjadi pemain untuk pelan jangka pendek namun yang mungkin menjadi masalah terbesar adalah tangga gaji Ramos.

Sergio Ramos Yang Dibenci mampukah disayangi?

Isu terbesar adalah insiden jurus judo Sergio Ramos ke atas Mohamed Salah ketik perlawanan akhir Champions League beberapa tahun lalu.

Dalam perlawanan yang sama Ramos telah menyiku Loris Karius yang menyebabkan berlaku gegaran di bahagian kepala penjaga gol tersebut sehingga menjadi seorang yang kelakar.

Tidak lama selepas insiden itu, Karius melakukan kesilapan mudah dengan memberikan bola kepada Karim Benzema untuk jaringan pertama Real Madrid dalam perlawanan itu.

Insiden itu telah menjadikan Ramos pemain yang sangat dibenci oleh penyokong Liverpool dan Ramos mendedahkan beliau menerima ugutan bunuh.

Di Mesir seorang peguam telah mengambil tindakan mahkamah dengan menyaman Ramos sebanyak RM4.6 bilion dan akan mendermakan wang itu ke pusat kebajikan jika berjaya.

Saman ini berdasarkan sengaja menyebabkan ‘kecederaan fizikal dan psikologi’ terhadap sebuah negara dan pemain bolasepak paling bernilai dimiliki negara tersebut.

Jurus ‘Arm-Lock’ atau Kuncian Siku Sergio Ramos ke atas Mohamed Salah telah disifatkan oleh European Judo Union(EJU)sebagai berbahaya dan jurus yang diharamkan dalam sukan Judo.

Roberto Firmino juga telah menggelarkan Ramos sebagai bodoh selepas Ramos menjawab segala tohmahan buruk yang ditujukan kepadanya dengan mengatakan Salah yang memegang tangan dia terlebih dahulu sebelum mereka sama-sama jatuh.

Jurgen Klopp pula telah melabel tindakan Ramos itu sebagai ‘kejam’ dan ‘brutal’ serta mengkritik pengadil kerana gagal menghukum Ramos dengan sewajarnya.

Sangat padu juga, betapa teruknya hubungan Ramos dan Liverpool sejak insiden itu dan pasti majoriti peminat Liverpool tidak akan menerima kehadiran Ramos.

Penyokong Liverpool bersorak riang dan meraikan tangisan Ramos selepas pasukan Sepanyol telah tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2018 di peringkat 16 terbaik.

Ketika itu betapa puas hatinya penyokong Liverpool melihat lingangan air mata Ramos yang dipancarkan secara langsung.

BACA:  Ferdinand Kutuk Penyokong Liverpool Yang Baru 'Timbul' Selepas 20 Tahun Bersembunyi