Liverpool Beroleh Kemenangan Pertama 2023!!! Diraikan Seperti Menang Piala

Liverpool akhirnya beroleh kemenangan pertama mereka di tahun 2023 dengan menewaskan Wolves 1-0 yang menandakan bahawa bola sepak sebenar sudah kembali, ini berita baik untuk semua.

Wolverhampton Wanderers melayan kunjungan Liverpool di Stadium Molineux dalam perlawanan ulangan Piala FA selepas sekadar seri 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Anfield.

Jurgen Klopp telah menurunkan trio serangan baru membariskan Fabio Carvalho, Cody Gakpo dan Harvey Elliot, Allison Becker direhatkan dan Caoimhin Kelleher
turun beraksi.

Bermain di laman sendiri, Wolves tampak yakin dan hantaran silang dari Adama Traore berjaya menemui kepala Raul Jimenez dengan satu tandukan yang sedikit tersasar.

Liverpool tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-13. Menerima hantaran dari kawasan sendiri dari Thiago Alcantara, Harvey Elliot telah melakukan satu larian solo membelah padang.

Harvey Elliot seperti melengah-lengahkan larian bagi menunggu rakan-rakan membuka ruang dengan menarik pemain lawan dan sedar Jose Sa agak jauh dari garisan gol.

Harvey Elliot telah melakukan satu rembatan dari jarak jauh yang sungguh indah cukup-cukup untuk melepasi jangkauan Jose Sa dan bola menerjah gawang.

Kemudian Fabio Carvalho menggandakan kedudukan selepas menerima hantaran Naby Keita dengan satu penyudah yang tenang namun sudah ofsaid. Carvalho meminta bola lebih awal namun terlalu lewat untuk bola dihantar dan Carvalho terperangkap.

Adama Traoremenggunakan fizikalnya berjaya lepas dan memperolehi peluang terbaik untuk menyamakan kedudukkan namun rembatannya sekadar menggegar jaring tepi.

Sepakan percuma ruben Neves betul2 keluar di atas palang selepas disentuh sedikit Kelleher, Neves membantah dan menjerti kerana tiada sepakan penjuru..

Beberapa saat sebelum tamat Wolves mendapat sepakan percuma kerana bola terkena tangan dan Diogo Costa hampir menyamakan kedudukan namun tandukannya tidak cukup kuat.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool mara ke pusingan keempat dan masih lagi berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan.

Kesebelasan Utama Wolverhampton Wanderers: Sa, Lembikisa, Collins, Toti, Jonny, Hodge, Neves, Moutinho, Traore, Jimenez, Ait-Nouri.

Pemain Simpanan : Sarkic, Podence, Hwang, Cunha, Semedo, Kilman, Nunes, Costa, Bueno.

Kesebelasan Utama Liverpool: Kelleher, Milner, Gomez, Konate, Tsimikas, Bajcetic, Thiago, Keita, Elliott, Carvalho, Gakpo.

Pemain Simpanan : Alisson, Fabinho, Salah, Oxlade-Chamberlain, Jones, Robertson, Matip, Phillips, Doak.

VAR Selamatkan Liverpool

Bukan sekali tetapi dua kali Video Assistant Referee (VAR) telah menyelamatkan Liverpool yang mereka sendiri sentiasa momokkan menjadi mangsa VAR ketika perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers.

Pemain yang berada ditengah-tengah dan mangsa kepada kontroversi VAR ini sudah pastilah Totti Gomes yang menerima kesan terburuk dari keputusan ini dan pastinya turut dirasai Wolves.

Wolves membuka tirai jaringan pada minit ke-26 hasil satu kebodohan dari Alisson Becker yang menghatar bola ke kaki Goncalo Guedes yang pastinya tidak akan terlepas peluang keemasan ke gawang terbuka.

Namun Darwin Nunez telah menjaringkang gol penyamaan pada penghujung babak pertama selepas menyempurnakan hantaran sedap dari Trent Alexander Arnold.

Kontroversi telah dicetuskan oleh VAR pada separuh masa kedua yang telah menyelamatkan Liverpool tersingkir dari saingan Piala FA dengan dua keputusan yang meragukan.

Tujuh minit selepas separuh masa kedua bersambung, Mohamed Salah telah menjaringkan gol kedua Liverpool selepas hantaran Cody Gakpo ditanduk ke belakang oleh Toti Gomes.

Bola sampai ke pada Mohamed Salah yang tidak dikawal dan pastinya tiada siapa dapat menghalang Salah dalam situasi seperti itu.

Mohamed Salah ketika Cody Gakpo membuat hantaran, Salah sudah berada dalam keadaan offside yang jelas namun bola cuba diselamatkan oleh Toti Gomes dan sampai kepada Salah.

Sentuhan dari Toti Gomes itu telah membatalkan offside Salah namun Toti Gomes cuba menyelamatkan bola itu kerana posisi Salah ketika itu yang mengundang bahaya.

VAR menyatakan sentuhan dari Toti Gomes itu telah membatalkan kedudukan offside Salah dan mengesahkan jaringan itu.

Hwang Hee-chan kemudiannya telah menyamakan kembali kedudukan pada minit ke-66 selepas tiga minit masuk dari bangku simpanan menggantikan Ruben Neves.

Pada minit ke-81, Toti Gomes hadir untuk menebus kesilapannya dengan jaringan ketiga Wolves dengan satu flick jahat yang berpunca dari sepakan penjuru.

Toti Gomes meraikan jaringan tersebut dengan membukan baju dan rakan sepasukan lari mengejar dan menindihnya tanda kepuasan sebenar yang berjaya diraih.

Namun penjaga garisan telah mengangkat bendera tanda offside dan perkara itu segera dirujuk kepada VAR untuk penelitian dan pemeriksaan lanjut.

Selepas beberapa minit VAR bersidang, mereka memutuskan gol itu tidak sah kerana salah seorang pemain Wolves yang tidak diketahui siapa berada dalam kedudukan offside.

Mengikut buah rasa-rasa, pengambil sepakan sudut, Matheus Nunes yang offside selepas menerima kembali bola dari sepakannya sebelum menghantar sekali lagi ke dalam kotak.

Namun sudut rakaman tidak jelas dan pengulas perlawanan jugasepertinya kecewa dengan pembatalan gol itu yang tidak jelas siapa yang offside.

Selepas perlawanan, pengulas ITV mendedahkan bahawa ia disebabkan tiada sudut kamera yang dapat mengetahui sama ada pengambil sepakan sudut, Matheus Nunes berada dalam keadaan ofsaid apabila bola dimainkan semula kepadanya.

Dengan tidak mengetahui sama ada keputusan itu betul atau tidak, ia bermakna pengadil terpaksa berpegang kepada keputusan asal yang dibuat oleh penolong pengadil.

Peminat tidak dapat memahami apa yang mereka dengar tentang kekurangan sudut untuk menentukan sama ada ia ofsaid atau onside, dan mereka tidak berjalan keseorangan.

Baca Juga

Baca Juga