Liverpool Berpotensi Untuk Kehilangan 2 Lagi Pemain Termasuk Midfield Yang Berjaya Mencuri Perhatian Ramai

Liverpool sepertinya sangat aktif pada jendela perpindahan pemain musim panas ini dengan mereka berjaya membawa masuk beberapa pemain baru dan turut melepaskan ramai pemain dari skuad utama.

Mereka juga sepertinya akan kehilangan dua lagi pemain dari skuad utama menjelang bermulanya musim baharu nanti.

The Reds pada ketika ini sedang dalam persiapan mereka untuk beraksi bertemu Man City dalam aksi saingan Community Shield pada hujung minggu ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengakhiri aksi pra musim mereka dengan mencatatkan kekalahan 1-0 bertemu RB Salzburg di Austria kemarin.

Walaupun Liverpool tidak menurunkan skuad terbaik mereka dalam perlawanan tersebut kerana memikirkan aksi dalam saingan Community Shield, namun kekalahan itu sebenarnya memberi impak kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Walau bagaimanapun, pimpinan kelab sepertinya tidak begitu terkesan dengan kekalahan tersebut, dengan mereka masih aktif dalam pasaran pemain.

Salah seorang pemain Liverpool sepertinya sudah hampir pasti untuk meninggalkan Anfield menjelang bermulanya musim baharu ini.

Pemain tersebut adalah pemain pertahanan, Sepp van der Berg.

Pemain muda yang bermain di posisi centre back itu kerap diturunkan oleh Liverpool pada aksi pra musim ini, namun beliau dijangka tidak akan terus bersama kelab sebelum jendela perpindahan ditutup.

Pemain pertahanan itu menghabiskan aksi pada musim lalu sebagai pemain pinjaman bersama Preston North End dalam saingan Championship.

Beliau dikatakan berjaya menarik minat kelab yang baru sahaja mendapat promotion untuk beraksi dalam saingan Premier League, Bournemouth.

The Cherries turut mendapatkan khidmat bintang Liverpool, Nat Phillips sebagai pemain pinjaman pada musim lalu.

Musim ini mereka sekali lagi mahu meminjam pemain pertahanan dari The Reds dan mereka mahu mendapatkan khidmat pemain yang lebih muda.

Selepas menimba pengalaman beraksi bersama Preston dalam saingan division kedua liga Inggeris, pemain kebangsaan Belanda itu jelas sekali akan sangat berharap akan mampu untuk mendapatkan minit permainan beraksi dalam saingan Premier League.

Seorang lagi pemain yang mungkin akan meninggalkan kelab adalah pemain midfield muda Liverpool, Tyler Morton.

Pemain muda itu berjaya mencuri perhatian ramai selepas mempamerkan aksi persembahan yang sangat meyakinkan ketika aksi pra musim baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, beliau sendiri tentu sahaja akan sangat berharap untuk mendapatkan minit permainan yang mencukupi dalam usahanya untuk menambah baik persembahan beliau.

Minit permainan tersangatlah penting untuk pemain berusia 19 tahun itu mendapatkan tahap keyakinan terbaiknya.

Morton sempat membuat 2 penampilan dalam saingan Premier League bersama Liverpool pada musim lalu dan beliau kini dijangka akan menyertai Blackburn Rovers dalam saingan Championship.

Mungkin sahaja beliau akan mendapatkan minit permainan yang mencukupi ketika beraksi bersama kelab dari saingan Championship itu nanti.

Selain itu, Roberto Firmino juga turut hangat dikaitkan akan meninggalkan kelab pada musim panas ini dengan beliau dikatakan bakal menyertai Juventus.

Walau bagaimanapun, Jurgen Klopp sendiri sudah tampil membuat pendedahan yang Firmino tidak akan dilepaskan pada musim panas ini kerana beliau merupakan pemain terpenting skuad.

Ditambah dengan Liverpool pada musim panas ini sudah kehilangan pemain seperti Sadio Mane, Takumi Minamino dan Divock Origi, maka jelas sekali mereka tidak akan sanggup kehilangan seorang lagi pemain penyerang.

Para penyokong sangat berharap agar pihak kelab membawa masuk pemain baru, namun sepertinya lebih ramai pemain yang keluar berbanding yang masuk.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Neville: Liverpool Patut Lupakan Liga Juara-Juara Eropah Kalau Nak Menang Liga