Liverpool Bersetuju Ikat Ibrahima Konate Dari RB Leipzig

Liverpool Football Club telah mencapai persepakatan dan persetujuan aras tinggi bagi perpindahan pemain pertahanan, Ibrahima Konate dari RB Leipzig.

Pemain pertahanan berusia 22 tahun itu telah bersetuju dengan kontrak jangka panjang bersama Liverpool yang berkuatkuasa pada 1 julai.

Kini hanya tertakluk kepada sijil pelepasan antarabangsa dan kelulusan proses permohonan permit kerja, setelah menyelesaikan syarat dan lulus perubatan.

Becakap kepada Liverpoolfc.com Ibrahima Konate berkata:

“Saya sangat gembira dapat bergabung dengan kelab besar seperti Liverpool.
.
“Ini adalah saat yang sangat menggembirakan bagi saya dan keluarga saya dan saya sangat berharap dapat bertemu rakan sepasukan baru, kakitangan dan memulakan bab baru ini.
.
“Sekarang, tumpuan saya adalah pada Kejuaraan Eropah U21 bersama Perancis, tetapi selepas pertandingan ini, saya tahu saya akan bergabung dengan salah satu pasukan terbaik di dunia dan ini memberi saya perasaan yang hebat.

“Saya telah bekerja keras selama bertahun-tahun untuk sampai ke tahap ini, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua di RB Leipzig dan semua orang yang saya pernah bekerja bersama di sana – jurulatih, rakan sepasukan, kakitangan dan terutama peminat.
.
“Sokongan anda membantu saya membesar semasa saya di sana dan bukan sahaja menjadi pemain yang lebih baik, tetapi juga lelaki yang lebih baik dan saya akan sentiasa berterima kasih untuk itu.”

Ibrahima Konate akan berpindah ke Anfield setelah empat musim di Bundesliga bersama RB Leipzig, di mana dia membuat 95 penampilan dan menjaringkan empat gol.

Dia juga mencatat lapan kemenangan di Liga Juara-Juara bersama kelab Jerman itu.

Sebelum beralih ke Die Roten Bullen, bek tengah ini lolos masuk dengan jayanya ke pasukan bola sepak senior di Sochaux setelah lulus di akademi mereka.

Konate kini bersama skuad U21 Perancis untuk Kejuaraan Eropah UEFA. Sehingga kini, dia mempunyai 12 cap untuk negaranya untuk skuad U21.

Nombor skuadnya di Liverpool akan disahkan pabila tiba waktunya.

Jurgen Klopp yang nyata gembira dengan pembelian ini memberitahu Liverpoolfc.com:

“Saya sangat gembira kerana kami dapat menambah pemain berkualiti, Ibrahima ke dalam skuad kami dan dia adalah seorang yang saya kagumi sejak sekian lama, sejak pertama kali saya menyedari potensinya ketika dia berada di Sochaux,”
.
Selepas masalah yang kami hadapi dengan kecederaan di posisi bek tengah musim lalu, tidak diragukan lagi jelas bahawa ia adalah bahagian pasukan yang perlu kami kuatkan – tetapi pertama sekali, saya harus mengatakan bahawa tugas Nat, Rhys dan Ozan memang luar biasa. Tidak percaya sungguh dengan apa yang mereka lakukan.
.
Pada Ibrahima kami menandatangani pemain yang akan menambah kualiti yang sudah kami miliki di sini. Sifat fizikalnya sangat mengagumkan; dia cepat, dia sangat kuat dan dia dominan di udara.

Konate sudah bermain lebih dari 90 kali untuk Leipzig di Bundesliga dan pentas Eropah. Saya yakin jumlah itu seharusnya lebih banyak tetapi kerana beberapa kecederaan, tetapi itu bermakna dia sudah mempunyai pengalaman tentang apa yang diperlukan untuk bersaing dalam dua pertandingan yang sangat sukar.
.
Dia juga bermain untuk pasukan di Liga Juara-Juara Eropah dalam pertandingan yang tekanan tinggi, yang mempunyai visi bola sepak yang serupa dengan kita.
.
Saya yakin kami menandatangani pemain yang dapat bermain untuk kami dengan segera, tetapi dia adalah pemain muda baru berusia 22 tahun yang mempunyai ruang untuk diperbaiki kerana potensi besarnya. Saya tahu itu sesuatu yang dia ingin bekerjasama dengan kami untuk menjadi pemain yang lebih baik.
.
Bagi saya, itu sangat menggembirakan kerana saya telah melihat betapa bagusnya dia dan saya tidak sabar untuk bekerja dengannya ketika dia bergabung dengan kami di pra musim.”

BACA:  Real Madrid Nanti Keputusan Alexander-Arnold