Liverpool Diganyang Raja Eropah Tulen Dengan Kebangkitan Sensasi

Liverpool yang dilabel sebagai pasukan terhebat di alam semesta oleh peminat mereka menanggung aib besar apabila diganyang Raja Eropah Tulen, Real Madrid dengan satu kebangkitan penuh sensasi.

Selepas ketinggalan 2-0 ternyata Real Madrid tidak panik apabila dengan tenang mengejar satu gol demi satu gol untuk mengurangkan defisit dan tanpa sedar telah menang mudah 5-2.

Perlawanan pusingan 16 terakhir Champions League yang ditunggu-tunggu sudah pasti pertemuan Real Madrid dan Liverpool yang pasti akan menjadi pertembungan menghiburkan.

Namun hiburan tidak terjangka terjadi dengan dalam perlawanan ini dengan aksi kejar mengejar yang tidak lagi mampu dikejar selain aksi bodo kedua-dua penjaga gol.

Liverpool memulakan perlawanan di stadium keramat mereka, Anfield dengan permainan penuh bergaya lagi meyakinkan apabila sudah berada di depan pada minit-minit awal.

Gol yang teramat jahat telah dihasilkan oleh Darwin Nunez selepas menyempurnakan hantaran Mohamed Salah dengan satu flick terhebat di alam semesta pada minit ke-4.

Liverpool terus mendominasi ketika Real Madrid cuba kembali dalam perlawanan namun The Reds telah menggandakan kedudukan 10 minit kemudian dengan satu kebodohan dari Thibaut Courtois.

Entah apa yang merasuk Thibaut Courtois yang gagal mengawal bola membawa kepada situasi panik selepas menerima bola hantaran ke belakang, Mohamed Salah tenang menolak bola masuk.

Pada minit ke-21, Vinicius Jr telah mengurangkan defisit dengan satu penyudah berkelas dunia yang sudah pasti tidak setanding Darwin Nunez.

Vinicius Jr menyamakan kedudukan pada minit ke-36 kali ini Alisson Becker pula membuktikan dia juga tidak kurang dungunya berbanding Thibaut Courtois.

Hantaran ke belakang Joe Gomez terlalu dekat dan Vinicius terus menekan dengan cuba berlagak tenang Alisson Becker telah menolak bola ke kaki Vinicius yang terus melantun ke gawang sendiri.

Bersambung dua minit babak kedua, Real Madrid berada di depan melalui sundulan tajam Eder Militao yang berpunca dari sepakan percuma Luka Modric.

Baki perlawanan menjadi milik Los Blancos dan Karim Benzema pula mencetak nama selaku penjaring dengan dua gol bagi melengkapkan kemenangan penuh bergaya 5-2.

Rembatan Karim Benzema pada minit ke-55 telah terbias kaki Joe Gomez dan 12 kemudian Karim Benzema menjaringkan gol kelima selepas menyempurnakan umpanan Vinicius Jr.

Kemenangan penuh bergaya oleh Real Madrid, comeback yang mengajar Liverpool terutamanya penyokong Liverpool siapakah Raja Eropah sebenar.

Ketiadaan peraturan gol tempat lawan sedikit melegakan Liverpool.

Kesebelasan Utama Liverpool (4-3-3) : Alisson; Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson; Henderson, Fabinho, Bajcetic; Salah, Gakpo, Nunez.

Pemain Simpanan : Adrian, Kelleher, Milner, Keita, Firmino, Oxlade-Chamberlain, Jones, Elliott, Jota, Tsimikas, Carvalho, Matip.

Kesebelasan Utama Real Madrid (4-3-3) : Courtois; Carvajal, Eder Militao, Rudiger, Alaba; Valverde, Camavinga, Modric; Rodrygo, Benzema, Vinicius Jr.

Pemain Simpanan : Lunin, Vallejo, Nacho, Hazard, Kroos, Asensio, Odriozola, Lucas Vasquez, Dani Ceballos, Mario Martin, Arribas, Alvaro.

Pengadil Perlawanan : Istvan Kovacs (Romania)

BACA:  Trofi Liga Perdana Inggeris Diperagakan Di Anfield Sempena Pertemuan Liverpool-Chelsea