Liverpool Dulu Penguasa Eropah Kini Sang Penakluk Dunia Teragung

Hanya kurang enam bulan tempoh yang diperlukan oleh Liverpool untuk menjadi kelab bola sepak teragung ketika ini, Sang Penakluk Dunia selepas menguasai Eropah pada bulan Jun yang lalu.

Dua tahun diperlukan Liverpool untuk menjadi penguasa Eropah yang baharu mengambil alih tampuk daripada Real Madrid yang hampir menjadi diktator.

Cubaan pertama bagi musim 2017/18 menyaksikan mereka ke final Champions League bertemu juara bertahan Real Madrid yang berakhir dengan kekecewaan.

Kecemerlangan luar biasa Mohamed Salah di musim pertama bersama Liverpool telah dipatahkan dengan aksi judo oleh Sergio Ramos yang meremukkan banyak jiwa yang dahagakan kejuaraan.

Virgil van Dijk dan Alisson Becker

Kehadiran Virgil van Dijk nyata merubah kerapuhan benteng pertahanan Liverpool menjadi satu kubu yang agak mustahil untuk dirobohkan tanpa usaha yang luar biasa.

Van Dijk telah memberi dimensi baru kepada bahagian pertahanan Liverpool dan auranya membolehkan pemain lain mengeluarkan potensi pada diri masing-masing untuk memberikan yang terbaik.

Kekelakaran penjaga gol Liverpool juga berakhir apabila insan bernama Alisson Becker memberi perlindungan berganda dengan Van Dijk teguh dah utuh di depan beliau.

Sang Dalang, Jurgen Kloop

Dalang disebalik kejayaan Liverpool untuk kembali menjadi kuasa bola sepak dunia adalah Jurgen Klopp.

Pengurus yang kini berusia 51 tahun itu telah dilantik sebagai pengurus Liverpool pada 8 Oktober 2015 selepas cemerlang selama 7 tahun bersama Borussia Dortmund dengan 2 kejuaraan Bundesliga dan mara ke perlawanan akhir Champions League.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1208635781205479424

Sebelum itu Klopp telah bersama FSV Mainz 05 dan telah membawa kelab itu ke liga teratas Jerman buat pertama kali dalam sejarah kelab pada 2004 dan bermain di kejohanan Eropah setahun kemudaian.

Pada musim pertama di Anfield, Liverpool telah mara ke final League Cup dan Eruopa League di mana mereka tewas dalam kedua-dua perlawanan akhir itu.

Kembali Memahat Nama Di Pentas Eropah

Musim 2016/17 menyaksikan Kloop telah membawa The Reds kembali ke Champions League buat pertama kali sejak 2014. Menamatkan musim itu ditangga ke-4 pada hari terakhir menewaskan Middlesbrough di Anfield.

Kepulangan kembali Liverpool ke Champions League boleh dikatakan kembali dengan penuh bergaya apabila mara ke final di Kiev sebelum tewas 3-1 kepada juara bertahan Real Madrid.

Namun pada musim 2018-19, Klopp sekali lagi membawa Liverpool ke final Champions League dan telah menjulang kejuaraan ke-6 Liverpool dengan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0.

Di saingan domestik, Liverpool menamatkan liga ditempat kedua walaupun mengumpul 97 mata dan mengejar Manchester City hingga perlawanan terakhir.

Penakluk Eropah Mutlak!

Kejayaan menjulang kejuaraan ke-6 di Champions League dalam sejarah kewujudan Liverpool telah menjulang Liverpool sebagai penakluk Eropah yang baharu dan menamatkan era Real Madrid.

Dengan gelaran kelas pertama Eropah dalam genggaman Liverpool untuk menjadi penakluj tunggal dan mutlak Liverpool wajib menang perlawanan UEFA Super Cup.

Perlawanan UEFA Super Cup menemukan dua pasukan Inggeris yang beraksi di Premier League selepas kedua-dua pasukan ini mendominasi kejohanan Eropah pada musim lalu.

Liverpool selaku juara Champions League bertemu dengan Chelsea yang merupakan juara kejohanan kelas dua Eropah, Europa League.

Skrip perlawanan hampir sama dengan kisah malam kebangkitan Istanbul Liverpool dengan aksi kebangkitan Liverpool selepas ketinggalan dan menang dipenentuan sepakan penalti.

Liverpool muncul juara UEFA Super Cup buat kali ke-4 dan kekalahan kali ketiga secara berturut-turut Chelsea di UEFA Super Cup.

Sang Penakluk Dunia Teragung!

Selaku juara Eropah Liverpool telah menjadi wakil untuk menggalas tanggung jawab di Piala Dunia Kelab 2019 dan bertembung dengan juara benua yabg lain.

Dengan kedudukan lebih tinggi dan paru Liverpool telah mara terus ke separuh akhir bertemu juara CONCACAF dari Mexico iaitu Monterrey.

Monterrey dilepasi dengan gol minit akhir untuk bertemu juara Copa Libertadores, Flamengo yang juga bukan lawan buat Liverpool.

Kelab dari Brazil itu hanya berjaya mengheret Liverpool ke permainan masa tambahan sebelum tewas dengan jaringan Firmino.

Kemenangan jni menjadikan Liverpool sebagai kelab Inggeris pertama meraih gelaran treble peringkat antarabangsa :

1. UEFA Champions League
2. UEFA Super Cup
3. FIFA Club World Cup

Kini Liverpool sudah bergelar penakluk Dunia teragung, menutup dekad 2010 serta tahun 2019 dengan penuh bergaya dan berprestij.

Baca Juga

Baca Juga