Liverpool Hanya Jaguh Kampung, Ditendang Keluar Oleh Real Madrid

Liverpool telah mengesahkan status mereka sebagai jaguh kampung apabila ditendang keluar oleh Real Madrid dari saingan teragung Eropah, UEFA Champions League di pusingan 16.

Peminat Liverpool sakan berbangga dengan Badge of Honour yang mereka memiliki seperti merekalah pasukan terhebat di alam semesta namun Real Madrid penakluk sebenar hanya tenang-tenang sahaja.

Pada perlawanan pertama, Real Madrid telah mencatatkan kebangkitan sensasi di Anfield yang merupakan stadium keramat Liverpool selepas ketinggalan 2 dua gol dan menang 5-2.

Bersandarkan kepada kemenangan 7-0 ke atas Manchester United, Liverpool mendabik dada merekalah jaguh sebenar dan itulah pencapaian terbaik mereka musim ini.

Bertandang ke Stadium Santiago Bernabeu, Liverpool mengharapkan keajaiban untuk memadamkan defisit gol namun itu tidak terjadi mereka tewas 1-0 dan tersingkir dengan agregat 6-2.

Penjaga gol adalah bintang yang tidak diragui dalam separuh masa pertama yang berakhir tanpa jaringan, dengan Alisson Becker dengan cemerlang menghalang percubaan Vinicius Junior pada jarak dekat.

Tidak lama kemudian rembatan melencong Eduardo Camavinga pula hinggap ke palang.

Thibaut Courtois wira perlawanan akhir musim lalu antara kedua-dua pasukan juga tidak ketinggalan. Penyelamatan hujung jarinya dari percubaan Darwin Nunez sangat mengagumkan, Courtois kemudiannya menafikan Cody Gakpo yang cuak tak tentu hala.

Federico Valverde mencuba pada awal separuh masa kedua namun bola terus kepada Alisson Becker dan kemudian Federico Valverde sekali lagi datang dengan tandukan dari hantaran Luka Modric.

Karim Benzema telah terlepas peluang apabila rembatannya menjauhi sasaran dan pada minit ke-78 Karim Benzema menemui sasaran dengan satu tolakan mudah untuk gol tunggal perlawanan.

Mohamed Salah yang telah terlepas sepakan penalti hampir hilang dalam perlawanan apabila gagal menghadirkan walaupun satu percubaan dan banyak membazirkan peluang begitu saja.

Namun Mohamed Salah berjaya menghasilkan dua peluang kepada rakan sepasukan yang gagal untuk disudahkan.

Kekalahan agregat 6-2 Liverpool kepada Real Madrid adalah kekalahan terberat mereka dalam dua perlawanan perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara.

Madrid kini telah menyingkirkan Liverpool daripada Liga Juara-Juara di tiga musim terakhir, kali kedua yang berlaku (Atletico Madrid, juga oleh Real Madrid, telah tersingkir dalam empat tahun berturut-turut).

Di bawah Klopp, keenam-enam penyingkiran Liverpool daripada pertandingan utama Eropah telah menentang kelab Sepanyol (Sevilla x1, Ateltico Madrid x1, Real Madrid x4).

Madrid telah layak ke suku akhir Liga Juara-Juara ke-19 mereka, dengan hanya Bayern Munich (21, termasuk 2022-23) mencapai lebih banyak. Madrid telah jauh mendahului seteru hebat mereka, Barcelona (18).

Benzema telah menjaringkan tujuh gol Liga Juara-Juara menentang Liverpool, paling banyak daripada mana-mana pemain. Hanya Lionel Messi (27) mempunyai lebih banyak gol menentang kelab Inggeris secara keseluruhan dalam pertandingan berbanding Benzema (19).

Kesebelasan Utama Real Madrid: Courtois, Carvajal, Militão, Rüdiger, Camavinga, Nacho, Kroos, Modrić, Benzema, Valverde, Vinícius Júnior.

Pemain Simpanan : Lunin, Vallejo, Hazard, Asensio, Odriozola, Vázquez, Tchouameni, Ceballos, Rodrygo, Mendy, Díaz, Rodríguez.

Kesebelasan Utama Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Konate, Van Dijk, Robertson, Fabinho, Milner, Gakpo, Nunez, Salah, Jota.

Pemain Simpanan: Adrian, Kelleher, Gomez, Keita, Firmino, Oxlade-Chamberlain, Jones, Elliott, Tsimikas, Carvalho, Matip, Williams.

Pengadil: Felix Zwayer (Germany).

BACA:  RASMI: Eden Hazard Sertai Real Madrid Dengan Kontrak Selama 5 Tahun