Liverpool Ikat Virgil van Dijk Dengan Rekod Perpindahan Dunia

Liverpool Power This is Our Year! akhirnya telah menemui titik persetujuan untuk mengikat pemain pertahanan Southampton, Virgil van Dijk dengan harga £75 juta sekaligus memecahkan rekod perpindahan dunia bagi pemain pertahanan.

Terma peribadi yang dipersetujui menyaksikan Virgil van Dijk bakal menikmati gaji £180,000 seminggu dan ikatan Liverpool bersama van Dijk akan disahkan pada Isnin ini apabila jendela perpindahan dibuka.

Rekod perpindahan dunia pemain pertahanan sebelum ini dipegang oleh Kyle Walker dengan nilai £54 juta apabila berhijrah dari Tottenham Hotspur ke Manchester City pada perpindahan musim panas yang lalu.

Nilai perpindahan Virgil van Dijk £75 juta bersamaan dengan nilai perpindahan Romelu Lukaku dari Everton ke Manchester United yang merupakan rekod kedua termahal di Premier League di belakang Paul Pogba (£90 juta).

Van Dijk Menyertai FC Groningen dari Willem II pada 2010. Membuat 62 penampilan bersama Groningen sebelum menyertai Celtic pada 2013. Virgil Van Dijk mempunyai kualiti yang hebat tetapi apa yang mengejutkan pemain ini hanya mampu menarik minat Celtic berbanding pasukan gergasi lain.

Pemain ini bersinar di Celtic sebelum berpindah ke Southampton. Virgil Van Dijk menjadi buruan Liverpool pada perpindahan musim panas lalu tetapi tidak kesampaian. Liverpool kini dilaporkan masih mengidamkan khidmat Virgil Van Dijk.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand juga percaya Virgil Van Dijk mampu menyelesaikan masalah pertahanan Liverpool dan mampu membentuk gandiangan yang sedap bersama Matip.

Sebelum ini, Pep Guardiola dilaporkan telah berjaya meyakinkan barisan lembaga pengarah untuk memberikan beliau sejumlah wang perpindahan bagi mendapatkan seorang pemain pertahanan Januari nanti, dengan pemain Southampton, Virgil Van Dijk menjadi sasaran utama.

Baca Juga

Baca Juga