Liverpool Kalah Dengan Memalukan Di Tangan Spurs

Liverpool kalah dengan penuh memalukan di tangan Spurs dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebelah Sabtu. Di mana gol sendiri Joel Matip sangat aib untuk mereka terima.

Dalam perlawanan ini juga, permainan ganas Liverpool membuatkan mereka terpaksa bermain 9 pemain. Curtis Jones dibuang padang pada separuh masa pertama. Dan kemudian Diogo Jota dibuang pada pada separuh masa kedua.

Tottenham meneruskan rekod cemerlang tanpa kalah mereka musim ini. Dan menamatkan rekod tanpa kalah The Reds.

Ange Postecoglou menjadi arkitek kemenangan Spurs. Dengan kapten pasukan, Son Heung Min terus cemerlang di hadapan gol The Lillywhite.

Bermula dengan garang, Liverpool melakukan beberapa serangan awal ke kubu Spurs. Pada awal 20 minit pertama The Reds lebih banyak percubaan.

Pada minit ke-26 terjahan ganas Curtis Jones membawa padah. Di mana pemain itu dibuang padang serta merta. Kerana pengadil tidak dapat menerima apa yang dia lakukan ke atas lawan.

Liverpool kemudian diberikan harapan palsu apabila Luis Diaz menjaringkan gol. Namun ditarik balik kerana ofsaid. Ianya keputusan agak kontroversi kerana kelihatan Luis Diaz tidak ofsaid.

Tapi keputusan pengadil adalah muktamad!

Selepas perlawanan disambung, Spurs di hadapan menerusi Son Heung Min yang menyempurnakan umpanan Richarlison.

Stadium Tottenham bergema dengan sorakan penyokong. Kerana mereka sudah tahu bahawa mereka akan menang.

Richarlison memiliki peluang keemasan dia sendiri namun gagal untuk menewaskan Alisson.

Sebelum rehat, pemain antarabangsa Belanda, Cody Gakpo menyamakan kedudukan dengan rembatan berputar yang deras.

Separuh masa pertama berakhir 1-1. Dan Klopp terus memberikan arahan taktikal baharu pada separuh masa kedua.

Malang sekali, giliran Diogo Jota dibuang padang minit ke-69 perlawanan. Spurs mengasak kubu Liverpool bertali arus. Dan Liverpool turut melancarkan beberapa serangan balas yang laju.

Ahirnya pada masa kecederaan, Joel Matip dengan tidak sengaja telah mengaibkan dirinya dengan gol sendiri untuk memberikan kemenangan kepada pasukan Tottenham Hotspur.

Satu stadium menahan rasa kelakar sambil meraikan gol tersebut.

Tamat perlawanan Spurs 2 Liverpool 1.

Susunan pemain:

Tottenham Hotspur: Destiny Udogie (45’+3’), Yves Bissouma (88’), Cristian Romero (89’), Pedro Porro (90’+7’), Alejo Veliz (90’+8’).

Liverpool: Curtis Jones (26’ – kartu merah), Alexis Mac Allister (40’), Mohamed Salah (65’), Diogo Jota (68’, 69’ – kartu merah), Andrew Robertson (87’), Virgil van Dijk (90’+5’).

Penjaring gol
Tottenham Hotspur: Son Heung-Min (36’), Joel Matip (90’+6’ – gol sendiri).

BACA:  23 Percubaan Dari Pasukan Lawan, Liverpool Masih Mempunyai Masalah Pertahanan Yang Serius