Liverpool Keciciran Mata Lagi Di Tangan Pasukan Dibimbing Bekas Pengurus Manchester United

Liverpool meneruskan rentak tanpa kemenangan mereka dalam EPL. Selepas dimalukan oleh Everton sebelum ini, skuad calon juara itu hari ini diikat 2-2 oleh West Ham United.

West Ham United yang dibimbing bekas pengendali Manchester United, The Chosen One, David Moyes, ternyata tidak memerlukan banyak taktikal atau penguasaan bola.

Cukuplah dengan 27% penguasaan bola untuk mengikut skuad bekas bakal juara UEL itu.

Membuatkan The Reds sudah boleh memikirkan tentang perkara lain selain EPL. Contohnya aktiviti sukaneka sempena majlis perpisahan dengan Jurgen Klopp.

Liverpool turut ke Stadium Olimpik dengan harapan untuk mencari kemenangan bagi menghidupkan semula impian mereka untuk juara EPL pada musim terakhir Klopp.

Malangnya mereka gagal melakukannya. Liverpool ketinggalan minit ke-43 menerusi gol oleh Jarred Bowen.

Namun pada awal separuh masa kedua pemain antarabangsa Scotland Andy Robertson mencetak gol penyamaan.

Kisahnya sama sahaja, Liverpool dominan dengan rembatan ke arah gol yang sangat banyak. Namun hampeh.

Liverpool akhirnya di hadapan hasil daripada gol derma oleh Areola yang tertampan bola ke gawang sendiri.

Namun harapan palsu itu benar apabila Michail Antonio mencetak gol penyamaan minit ke-77. Tiada tambahan gol lagi selepas itu daripada kedua dua pasukan walaupun Liverpool nampak beriya benar nak menyerang.

Keserian ini bermakna Liverpool kekal 2 mata di belakang Arsenal yang masih di puncak liga dengan baki 1 perlawanan dalam tangan. Liverpool 1 mata di belakang Man City yang berada di tangga kedua namun pasukan juara bertahan itu ada 2 perlawanan berbaki di dalam tangan mereka.

Aksi berikutnya, Liverpool akan melayang kunjungan Spurs. Dan kemudian berdepan pula dengan Aston Villa. Dan aksi terakhir menentang Wolves yang hanya akan menjadi aksi pameran. Kerana Liverpool sudah boleh mengangkat bendera putih daripada persaingan EPL.

Ianya prestasi yang teruk untuk Liverpool dalam beberapa perlawanan terakhir. Sebelum ini mereka disingkirkan Man United daripada Piala FA. Kemudian disingkirkan Atalanta dari UEL.

Dan seterusnya harapan kejuaraan EPL mereka hancur di tangan Everton dan West Ham.

Tidak Cukup dengan itu Mo Salah dan Klopp kelihatan bertengkar di tepi padang. Mungkin koyak sebab aksi dungu masing masing.

Baca Juga

Baca Juga