Liverpool Kembali Ke Prestasi Asal, Lemah dan Lembik

Liverpool kembali turun untuk saingan Premier League menentang AFC Bournemouth selepas menggegarkan dunia bola sepak dengan menewaskan Manchester United dengan tujuh gol tanpa balas.

Kemenangan terbesar Liverpool ke atas Manchester United dalam derbi barat laut yang telah memberi aib besar kepada seteru mereka zaman berzaman yang bersaing bukan sekadar untuk bola sepak.

Menentang AFC Bournemouth pasti menjadi satu lagi perlawanan mudah buat Liverpool apabila telah membelasah Bournemouth dengan jaringan besar 9-0 pada awal musim ini.

Trio Darwin Nunez, Cody Gakpo dan Mohamed Salah yang menjadi nadi kemenangan ke atas Setan Merah terus menjadi pertaruhan Jurgen Klopp untuk mencari kemenangan keenam berturut-turut untuk memotong Spurs di top 4.

Segalanya tampak lancar buat Liverpool dalam perlawanan sejak mula dan sepertinya tiga mata mudah pasti dibawa pulang lagi apabila mengasak dari awal permainan.

Virgil Van Dijk hampir membuka tirai jaringan namun telah dinafikan di atas garisan gol oleh pemain pertahanan AFC Bournemouth dan serangan bertali arus dilancarkan.

Tiada gol kunjung tiba dan pada minit ke-28 berpunca dari serangan balas Dango Ouattara berjaya lolos mengayamkan begitu saja pemain pertahana terbaik dunia, Virgil van Dijk.

Dango Ouattara membuatkan Virgil van Dijk kelihatan bodoh teruk dari Harry Maguire dan menolak bola untuk disudahkan oleh Philip Billing untuk gol pembukaan tuan rumah.

Virgil van Dijk sekali lagi berpeluang menjaringkan gol kali ini untuk gol penyamaan namun tandukannya tersasar dan gol penyamaan tidak kunjung tiba.

9 percubaan dilakukan Liverpool pada separuh masa pertama dengan 4 percubaan tepat tanpa gol dijaringkan berbanding Bournemouth berjaya menghasilkan gol dari satu-satunya percubaan tepat.

Bersambung separuh masa kedua, Harvey Elliott dikeluarkan bagi memberi laluan kepada Diogo Jota bagi menambah sengat dibahagian serangan.

Pada minit ke-70 Mohamed Salah membazirkan peluang keemasan apabila membazirkan sepakan penalti bagi mengikat kembali kedudukan.

Bola terkena tangan Adam Smith ketika perebutan bola tinggi dan Video Assistant Referee (VAR) telah membuat penilaian dan mengesahkannya adalah penalti.

Mohamed Salah menggalas tanggungjawab, Neto berjaya dihantar ke arah bertentangan namun bola Salah tidak masuk ke gawang. Salah hanya mampu tersenyum kelat tidak percaya.

Ini merupakan penalti pertama yang berjaya diperolehi Liverpool di Premier League sejak April 2022 dan merupakan sepakan penalti pertama Liverpool musim ini namun tiada gol terhasil.

Permainan Liverpool menjadi goyah dan mujurlah tidak dihukum oleh Bournemouth yang melancarkan beberapa serangan bahaya dan mengancam tapi dinafikan sentuhan penyudah.

Tiga pertukaran serentak Jurgen Klopp dengan memasukkan James Milner, Jordan Henderson dan Roberto Firmino pada minit ke-66 untuk Trent Alexander Arnold, Darwin Nunez dan Fabinho tidak membuahkan hasil.

Liverpool tewas selepas persembahan menakjubkan minggu lalu dan terlepas peluang untuk ke top 4.

Kesebelasan Utama Bournemouth: Neto, Stephens, Kelly, Smith, Senesi, Lerma, Ouattara, Anthony, Rothwell, Billing, Solanke, Rothwell.

Pemain Simpanan: Travers, Fredericks, Cook, Mepham, Brooks, Christie, Vina, Moore, Semenyo.

Kesebelasan Utama Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Konate, Vin Dijk, Robertson, Fabinho, Bajcetic, Elliott, Salah, Nunez, Gakpo.

Pemain Simpanan: Adrian, Milner, Firmino, Henderson, Jota, Tsimikas, Carvalho, Melo, Matip.

Baca Juga

Baca Juga