Andy Robertson mengangkat tangannya dan memberi isyarat kepada penyokong di Kop supaya bertenang.
Suasana tegang di Anfield jelas kelihatan apabila penyokong marah dengan keputusan Robertson untuk mengembalikan bola kepada Alisson ketika 15 minit lagi permainan berbaki.
Terbit rasa gementar, kebimbangan dan panik ketika Liverpool sedang berjuang untuk mempertahankan kelebihan 2-1.
Rasa gementar itu menjadi lebih ketara. Pada detik-detik akhir, Alisson menumbuk keluar satu hantaran yang sebenarnya boleh ditangkap, Alexis Mac Allister menhantar bola kepada lawan tanpa tekanan dan Ryan Gravenberch yang biasanya tenang tersasar ketika dia cuba untuk membuang bola.
Apabila pemain gantian Wataru Endo berlari untuk membantu Robertson dan memenangi sepakan percuma pada masa tambahan, ia diraikan seperti mereka menjaringkan gol. Beberapa saat kemudian, kelegaan menyelubungi Anfield. Kapten Virgil van Dijk membongkokkan lutut dan menggenggam tangannya.
Kemenangan ini membawa pasukan Arne Slot 7 mata mendahului Arsenal tetapi sorakan “Liverpool, di puncak liga” tidak dilaungkan dengan semangat yang tinggi.
Tiada siapa yang perlu memberitahu bahawa jika Liverpool mahu kekal di tempat pertama, mereka tidak boleh bermain seperti ini lagi. Itu mujur Wolves, pasukan yang berada di kedudukan ke-4 dari bawah, kalau pasukan atasan Liverpool pasti akan dihukum dengan permainan sebegitu.
“Bila budak-budak tu masuk (lepas perlawanan), saya rasa mereka agak down, mungkin,” kata Slot. “Mereka rasa itu bukan prestasi terbaik kami dan ia menunjukkan betapa baiknya kami main sepanjang musim. Mereka tak berapa happy.
“Saya cakap kat dorang, kemenangan ni mungkin lebih besar dari kita belasah Tottenham 4-0 kat sini. Dalam satu musim, kalau nak capai sesuatu, bola sepak yang baik adalah asas kejayaan.
“Tapi kalau tak ada mentaliti untuk menang perlawanan pun susah, kita tak akan capai apa-apa. Sebab tu saya sangat kecewa dengan pemain dan sangat frust lepas perlawanan dengan Everton hari Rabu. Keputusan seri tu memang susah nak terima. Kita tak dapat keputusan tu tapi hari ni kita dapat.”
Slot banyak merujuk kejadian di derbi Merseyside semasa sidang media selepas perlawanan menentang Spurs. Dia masih terkesan dengan gol kontroversi penyamaan minit ke-98 oleh James Tarkowski untuk Everton.
Pada mulanya, Liverpool masih bagus apabila gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah membawa mereka ke kedudukan 2-0. Namun apabila keadaan tidak menyebelahi Liverpool pada babak masa kedua, mereka kelihatan goyah. Keyakinan mereka terjejas.
Tidak lama selepas jaringan Salah dibatalkan kerana offside dan Diogo Jota gagal mendapatkan penalti selepas, Matheus Cunha menjaringkan gol untuk mengurangkan jurang menjadi 2-1.
Liverpool kehilangan kawalan dan gagal mendapatkan semula rentaknya sehingga perlawanan tamat.
“Korang nampak hari ni lepas kami bolos, buat pertama kalinya musim ni kami agak tertekan — bolos pada minit terakhir (ketika) menentang Everton memang masih ada dalam fikiran kami,” kata Slot. “Itu juga sebabnya, sebagai satu pasukan, kami sangat marah lepas perlawanan Rabu.
“Waktu 2-0 hari ni, kami rasa macam dah jaringkan gol untuk jadi 3-0. Keputusan untuk batalkan gol tu kerana offside memang betul. Lepas tu, kami ingat kami dapat penalti untuk jadi 3-0; sekali lagi, itu keputusan yang tepat dari VAR untuk batalkan penalti tu.
“Lepas tu, kami bolos jadi 2-1 — dari segi mental, ia tak mudah. Memang susah nak menang dalam bola sepak. Orang kata, ‘Korang ada Mo Salah, apa nak risau? Dia mesti jaringkan gol untuk korang’. Tapi hakikatnya, memang susah nak menang setiap 3 hari dengan semua cabaran dalam satu musim. Sebab tu kemenangan ni sangat penting untuk kami terutamanya menjelang minggu yang sangat mencabar, di mana kami harap dapat tunjuk mentaliti yang sama dan main dengan lebih baik.”
Slot betul. Anda tidak boleh sentiasa menang dengan gaya permainan baik tetapi ada pelajaran penting yang perlu diambil menjelang perlawanan menentang Aston Villa dan Manchester City. Dua pasukan ini pasti tidak akan memberi kelebihan kepada Liverpool seperti yang dilakukan oleh Wolves.
Apa yang Liverpool tampilkan dalam separuh masa kedua yang buruk itu?
Sejak 2003-04, ini adalah kali pertama Liverpool gagal mencetak percubaan ke arah pada separuh babak permainan.
Wolves, yang hanya memang 5 daripada 25 perlawanan liga musim ini, mempunyai 10 percubaan (Liverpool, 0), 20 sentuhan dalam kotak lawan (Liverpool, 3), dan xG sebanyak 1.11 (Liverpool, 0). Liverpool hanya mencatat 46% penguasaan. Pada babak pertama Liverpool mencatat 53% penguasaan bola.
Robertson melalui satu lagi hari yang sukar kerana dia hanya menang 2 daripada 8 duel dan kehilangan bola 18 kali. Trent Alexander-Arnold merosot selepas melakukan permulaan yang baik.
Midfield Liverpool kehilangan kawalan sepenuhnya. Gravenberch (11), Mac Allister (7) dan Dominik Szoboszlai (10) hilang bola sebanyak 28 kali sepanjang perlawanan. Wolves sentiasa melancarkan serangan balas pada separuh masa kedua kerana hantaran pertahanan Liverpool ke bahagian tengah agak longgar.
Liverpool terhutang budi kepada Alisson kerana dia melakukan aksi penyelamat cemerlang daripada Marshall Munetsi. Quansah dimasukkan menggantikan Ibrahima Konate pada separuh masa kerana Slot bimbang pemain Perancis itu akan dibuang padang selepas dia sudah menerima kad kuning.
Kemasukan Quansah, Endo dan Conor Bradley jelas membantu menstabilkan keadaan tetapi Darwin Nunez terus gagal berfungsi. Pemain Uruguay itu hanya menyelesaikan 4 daripada 8 hantaran, menang 2 daripada 5 pertarungan dan bermasalah dengan hantaran dan produk akhir.
“Hari ni, korang nampak betapa pentingnya pemain macam Jarell dan Wata (Endo) untuk pasukan ni,” kata Slot. “Kalau nak capai sesuatu, kita memang perlukan gol daripada Mo atau Lucho (Diaz) atau pemain lain, tapi kita juga perlukan pemain yang boleh kita harapkan.
“Saya rasa Jarell ada sedikit kesukaran lepas dia ditukar keluar masa perlawanan dengan Ipswich (pada pembukaan musim) dan dua atau tiga perlawanan selepas tu bila dia masuk, dia agak bergelut. Tapi sekarang dia tunjukkan yang dia dah kembali ke prestasi terbaik dia.”
Kerinduan untuk mengangkat trofi Liga Perdana semakin kuat kerana ketika Liverpool mengakhiri kemarau 30 tahun bawah Jurgen Klopp pada tahun 2020, mereka tidak dapat meraikannya dengan sempurna kerana pandemik global yang sedang berlaku.
Liverpool masih mempunyai 7 perlawanan di gelanggang sendiri dan mereka tidak lagi boleh bermain seperti semalam. Liverpool perlu lebih tenang.
“Nikmatilah,” terus menjadi mesej Van Dijk dalam persaingan merebut gelaran.
Penyokong dan pemain perlu bertenang dan menikmati suasana. Mereka tidak boleh terperangkap dengan kegagalan sebelumnya. Mereka perlu ingat bahawa Manchester City tidak lagi mengejarnya seperti musim-musim sebelumnya.
Dalam perlawanan semalam, Liverpool agak gementar dan jika ia berterusan pasukan itu mungkin mengalami kesukaran untuk bertahan sehingga Mei. Liverpool mampu melebarkan jurang kepada 10 mata dan sekarang bukan masa untuk mereka berasa gementar.
Artikel asal: James Pearce