Liverpool, Manchester United Dan Arsenal mengepalai pasukan Liga Perdana bersama Premiership Rugby, Football Association, English Football League, Rugby Football Union dan kelab sukan seluruh Britain untuk kempen Rainbow Laces bagi menyokong komuniti LGBT.
Kempen Rainbow Laces atau Renda-Renda Pelangi ini bertujuan untuk menyokong golongan pemain dan peminat dari golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual(LGBT).
Aktiviti bertemakan Renda-Renda Pelangi ini telah bermula pada 21 November lalu dan akan berakhir pada 27 November 2016 melibatkan semua kelab sukan profesional sehinggalah ke akar umbi.
Liga Perdana (Premier League) telah terlibat secara aktif dalam kempen ini dan akan mempromosikan kempen ini dalam semua perlawanan liga minggu ini. Kempen ini bagi membela nasib golongan LGBT kerana wujud diskrimasi ke atas golongan ini di dalam stadium.
Pengerusi Eksekutif Liga Perdana, Richard Scudamore telah berkata :
“Liga perdana merupaka liga yang penuh dengan keterujaan, keghairahan dan bola sepak yang tidak terjangka dek akal adalah untuk semua dan di mana-mana.
“Kempen Renda-Renda Pelangi ini melengkapkan usaha kelab dalam kempen untuk mengurangkan jurang disebabkan oleh kepelbagaian manusia didalam stadium merentasi semua sukan.
“Kempen sokongan yang kami lakukan dan keputusan kami untuk menjadi ahli Team Pride adalah kerana golongan LGBT merupakan satu bahagian penting dalam komuniti kita”
Menurut kajian yang dilakukan oleh Stonewall, sebanyak 72 peratus peminat bola sepak menyatakan bahawa mereka mendengar kata berbaur penghinaan kepada golongan ini.
Jika anda menjenguk ke laman Facebook Premier League, mereka telah memuat naik logo Premier League bertemakan Rainbow Flags yang merupakan panji-panji perjuangan golongan LGBT.
Selain kelab liga perdana, pasukan dari Championship, League One and League Two, English Football League, Premiership Rugby dan Welsh Rugby juga terlibat dalam kempen ini.
Sesetangah pemain akan memakai renda-renda pelangi ini semasa latihan dan dalam perlawanan. Sementara itu Gerbang Wembley juga akan dihiasi dengan pancaran warna bertemakan warna pelangi ini pada 26 November.
Kempen ini bukan perkara baru dalam Liga Perdana Inggeris dan apakah tindakan rakyat Malaysia selepas mengetahui perkara ini? BOIKOT?