Liverpool Pasukan Paling Banyak Dianugerahkan Penalti Dalam Sejarah EPL

Baru-baru ini, pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, tewas mengejut di tangan pasukan Southampton selepas bekas pemain mereka, Danny Ings menjaringkan gol seawal minit kedua.

Liverpool cuba bangkit, namun ketumpulan dan kehilangan selera penyerang mereka untuk menjaringkan gol membantutkan hasrat pasukan The Reds untuk mendapat 3 mata.

Dalam perlawanan tersebut, Liverpool dikatakan sepatutnya mendapat penalti selepas bola terkena tangan pemain Southampton, namun adegan tersebut tidak diambil serius oleh pengadil perlawanan.

Dalam temuramah sejurus selepas perlawanan, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp  ada memetik pasukan seteru mereka, Manchester United yang katanya dianugerahkan lebih banyak penalti sejak Ole Gunnar Solskjaer menjadi pengurus, berbanding 5 tahun Klopp memegang jawatan tersebut di Anfield.

Membalas kenyataan tersebut, Solskjaer mengatakan bahawa Klopp cuba untuk mempengaruhi keputusan pengadil dalam perlawanan selepas ini.

Sebuah portal sukan, ESPN, telah memuat naik satu fakta bergambar di laman Facebook mereka mengenai sejarah pasukan yang mendapat penalti terbanyak sejak EPL bermula – musim 1992-93.

EPL bermula sejak 1992-93 ya, bukan 2016.

Sejak hampir 30 tahun yang lalu, Liverpool telah dianugerahkan tendangan penalti sebanyaj 130 kali, dan diikuti Chelsea sebanyak 124 kali.

Seteru utama Liverpool, Manchester United pula di tempat ketiga dengan 120 penalti dan diikuti Arsenal 113 kali.

Daripada fakta tu kan, satu kesimpulan boleh dibuat.

EPL mahu United diberikan lebih banyak penalti untuk meletakkan pasukan Red Devils sebagai pasukan mendapat penalti terbanyak.

Selaku pengurus pasukan yang kuat, Klopp kena faham dan maklum tentang konspirasi ini.

Korang taknak percaya sudah.

Baca Juga

Baca Juga