Liverpool Sang Juara Yang Menanti Trofi

Pada masa artikel ini ditulis, kemungkinan besar para penyokong fanatik Liverpool sedang berpesta kerana pasukan kesayangan mereka telah berjaya menundukkan seteru utama mereka iaitu Manchester United dengan jaringan 3 berbalas 1.

Pemain-pemain Liverpool begitu bersemangat dan bernafsu dalam menghancurkan sistem taktikal bertahan Jose Mourinho atau bahasa pasarnya, parking bus dan segala jenis pengangkutan yang wujud pada masa kini.

Jika sebelum ini setiap tahun atau musim bermula, penyokong Liverpool setiap tahun melaungkan ayat keramat mereka berbunyi

This year is our season!!!

Maka tahun yang paling sesuai untuk menjulang Liga Perdana Inggeris adalah pada tahun ini. Pada musim ini Liverpool mempunyai rangkaian serangan yang paling berbisa yang mereka ada. Firmino, Mane, Salah dan terbaru Shaqiri.

Ada beberapa faktor yang boleh membuatkan Liverpool juara pada musim ini.

Kisah sebenar yang disembunyikan. Liverpool pernah menjuarai Premier League.

Pada musim lepas Salah telah melakukan sesuatu yang menakjubkan. Beliau keseorangan membawa Liverpool berada di tangga ketiga walaupun pada ketika itu Liverpool mempunyai penjaga gol paling kelakar di dunia iaitu Karius.

Namun tugas tersebut tidak lagi ditanggung oleh Salah keseorangan pada musim ini. Pada musim ini mereka bermain sebagai satu unit. Sesiapa sahaja boleh menjaringkan gol.

Sehinggakan Origi seorang penyerang Liverpool berbaka Lukaku yang jarang diturunkan juga telah menjaringkan satu gol penting semasa menentang musuh setempat mereka iatu Everton.

Kemasukkan pemain pertahanan paling termahal dunia juga telah memberikan sesuatu tembok yang kukuh dan kuat untuk barisan pertahanan Liverpool. Virgil Van Dijk.

Nama yang dijadikan bahan jenaka oleh penyokong seteru Manchester United pada mulanya sudah menyebabkan ramai penyokong United terpaksa mengunyah kembali kata-kata mereka itu.

Mahal Dowh

Kini penyokong United terpaksa menerima hakikat bahawa, yang mereka ada hanyalah mempunyai pemain bermuka panik, Philip Jones dan Chris Smalling. Chris Smalling pula dikatakan telah melanjutkan kontrak 3 tahun lagi bersama United.

Maka, hiduplah penyokong United dalam keadaan penuh hina, resah dan pilu. Gandingan mereka telah bolos sebanyak 28 gol dengan hanya 17 perlawanan. Jumlah bolos yang sama untuk keseluruhan pada musim lepas.

Sehinggakan ada permintaan dari penyokong pasukan lain menukar nama Manchester United menjadi Bolos United.

Berbalik kepada Van Dijk. Ketenangan , kuasa, tenaga, bijak, tenang dan berkebolehan untuk menjaringkan gol adalah satu bonus buat Liverpool pada musim ini. Dibeli dari kelab feeder mereka iatu Southampton (baca Liverpool ii) Van Dijk tidak lagi menoleh kebelakang. Beliau cepat menambat hati peminat Liverpool dengan aksi bertenaga perlawanan demi perlawanan.

Akhir sekali, posisi yang paling kritikal dalam pasukan Liverpool. Penjaga gol. Pada musim lepas, Liverpool sering kali kecewa dengan aksi kelakar penjaga gol mereka. Karius dan Mignolet. Aksi mereka tidak konsisten. Kadang bagus, kadang bangang. Paling diingati final liga Juara-Juara eropah. Liverpool menentang Real Madrid

Alamak!!!

Sebelum perlawanan bermula, penyokong Liverpool terkumat kamit melaungkan keyakinan bahawa mereka bakal menjuarai piala Liga Juara-Juara Eropah. Namun aksi sarkas yang ditunjukkan oleh Karius pada final tersebut telah menyebabkan mereka semua berputih mata. Namun penyokong dan barisan kejurulatihan Liverpool mereka masih lagi menaruh kepercayaan kepada Karius untuk pramusim.

Sehinggalah ada video tersebar yang menyaksikan Karius berterusan membuat kelakar dalam latihan. Bola yang disepak perlahan gagal ditangkap kemas lalu bergolek melalui celah kelangkangnya.

Jurgen Klopp tidak menunggu lama. Kemarahan beliau tidak boleh lagi dibendung. Dicapainya cek di atas mejanya lalu terus meletakkan tawaran yang tidak mampu ditolak AS Roma dan

Tadaaaaaaa!!!

Munculnya Alisson Becker. Pejaga gol kelahiran Brazil. Beliau merupakan seorang penjaga gol yang gila. Ya. Suka melakukan aksi gila dalam perlawanan sebelum datang menyambut aksi di Liga Perdana. Namun Liga Perdana adalah antara liga paling sukar di dunia.

Alisson Yang Gila

Beliau mengurangkan aksi gila beliau setelah melakukan beberapa siri kesilapan dan akhirnya statistik bolos Liverpool menunjukkan pasukan Liverpool adalah pasukan yang paling kurang bolos pada ketika ini. Vokal terhadap barisan pertahanan beliau dan berjaya membentuk benteng pertahanan yang paling ampuh ketika ini.

Kesimpulannya, tiada lagi sebab untuk penyokong Liverpool melaungkan ayat

Next season is our season!! pada musim ini.

Liverpool wajib dan perlu menang pada musim ini. Jika tidak, penyokong United yang rata-ratanya menjadi Zombie sebelum ini bakal tiba-tiba bersemangat untuk menjadi manusia kembali lalu mengejek Liverpool sehabis mungkin.

Padiaaaaa. Liverpool tak nak pulang Piala Replika EPL?

Baca Juga

Baca Juga