Liverpool Tanggung Malu Lagi

Selepas terlepas Piala FA, Liverpool di landasan untuk ditendang dari UEL. Dan sekarang The Reds melepaskan EPL pula.

Liverpool melayan kunjungan pasukan yang seperti nama lagu jiwang Rahim Maarof.

Liverpool kalah 0-1 di Anfield di tangan pasukan Crystal Palace dengan bekas penjaga gol Manchester United menjadi wira kemenangan pasukannya.

Dean Henderson yang merupakan graduan bijak sifir dari akademi Carrington mempamerkan aksi berkelas dunia melakukan banyak penyelamatan tak masuk akal.

Akhirnya Liverpool menanggung malu sekali lagi dengan satu lagi kekalahan di Anfield. Ianya berlaku hanya beberapa hari selepas mereka dimalukan Atalanta 0-3 baru baru ini.

Masih belum habis rasa aib itu, Liverpool kalah lagi. Keputusan yang membolehkan Man City dan Arsenal bergembira sangat dengannya.

Ebereche Eze menjaringkan gol awal minit ke-14 untuk memastikan gol itu menjadi 3 mata. Andy Robertson menyelamatkan Liverpool daripada dimalukan dengan lebih teruk.

Darwin Nunez dan Mo Salah serta Luis Diaz antara yang memiliki peluang keemasan di hadapan gol namun tidak dapat menyempurnakan peluang yang mereka ada.

Liverpool melakukan 21 percubaan ke arah Palace. Sementara Crystal Palace hanya santai santai dengan 8 percubaan sudah cukup untuk menang di Anfield.

Wisel penamat dibunyikan dengan Virgil Van Dijk dan rakan rakannya tergamam membisu kerana tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Liverpool bakal menamatkan musim terakhir dengan Jurgen Klopp dengan kehampaan dalam kempen Liga.

Baca Juga

Baca Juga