Liverpool Tawarkan Dua Pemain Utama Untuk Dapatkan Bintang La Liga

Liverpool dilaporkan bersedia untuk menawarkan dua bintang dari skuad utama dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain sasaran utama mereka.

Liverpool mahu menawarkan salah seorang dari Divock Origi dan Xherdan Shaqiri dalam usaha mereka untuk mendapatkan Saul Niguez dari Atletico Madrid pada musim panas ini.

Diego Simeone dikatakan sedang bersedia untuk mendengar tawaran yang paling menarik untuk pemain midfieldnya itu memandangkan Barcelona turut menyatakan minat untuk mendapatkan bintang berusia 26 tahun itu.

Mundo Deportivo mendakwa yang Liverpool telah melakukan bidaan awal bernilai £34 juta untuk mendapatkan Saul, namun ia telah ditolak.

Atletico Madrid tetap dengan pendirian mereka untuk melepaskan Saul Niguez dengan yuran perpindahan tidak kurang dari £42 juta.

Jurgen Klopp ketika ini sedang dalam usahanya untuk mencari pengganti Georginio Wijnaldum selepas kelab melepaskan bintang Belanda itu ke PSG dengan perpindahan secara percuma.

The Reds turut telah dikaitkan dengan beberapa pemain lain pada musim panas ini termasuklah, Youri Tielemans yang dirasakan sangat sempurna untuk sistem kendalian Klopp.

Walau bagaimanapun, Saul Niguez merupakan nama yang paling hangat dikaitkan dengan sang penakluk dunia itu dan menjadi pemain sasaran utama kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain midfield berbakat itu telah menjadi nadi terpenting dalam sistem kendalian Simeone sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau telah membuat 337 penampilan dalam semua pertandingan dan turut cemerlang meledak 43 gol bersama Atletico Madrid.

Namun pemain midfield yang berperanan sebagai box-to-box itu tidak begitu digunakan pada musim lalu yang mana Atletico muncul sebagai Juara saingan La Liga.

Beliau sendiri ketika ini mahu mencari kelab yang baharu yang mana boleh menjanjikan padanya tempat dalam kesebelasan utama.

The Express mendakwa yang Michael Edwards mungkin akan menawarkan seorang pemain berserta wang tunai kepada Atletico Madrid untuk mendapatkan Saul Niguez.

Penambahan yang baik untuk Liverpool

Divock Origi dan Xherdan Shaqiri merupakan dua pemain yang akan ditawarkan kepada Atletico supaya Simeone boleh memilih salah seorang dari dua pemain ini.

Origi telah menghabiskan kariernya bersama Liverpool sebagai super sub yang banyak memberi impak ketika sangat diperlukan.

Beliau sering diletakkan di bangku simpanan dibelakang pemain utama seperti Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Musim lalu, sejak ketibaan Diogo Jota yang kemudian beraksi cemerlang bersama Liverpool, telah menyebabkan Origi semakin hilang tempat untuk diturunkan.

Seandainya Atletico mahu mencari pemain terbaik yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Saul, Shaqiri tentunya merupakan pilihan yang lebih baik.

Pemain perancang itu telah menikmati musim yang cemerlang dalam saingan Euro 2020 bersama skuad kebangsaan Switzerland baru-baru ini.

Walau beliau sudah menunjukkan aksi yang luar biasa mengagumkan bersama skuad kebangsaan Switzerland, namun tidak boleh dinafikan yang sukar untuk Shaqiri mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Reds.

Seorang lagi pemain yang dikatakan bakal melengkapkan perpindahannya ke Anfield adalah bintang Netherlands, Donyell Malen.

Liverpool perlu membuat perancangan yang rapi pada musim baharu ini supaya tidak berulang hal seperti apa yang berlaku pada musim lalu.

The Reds harus bersedia dengan segala kemungkinan dengan musim lalu mereka kehilangan ramai pemain atas masalah kecederaan, seterusnya mengganggu prestasi pasukan.

Penambahan pemain seperti Saul Niguez sememangnya sangat menarik untuk disaksikan dengan bintang Sepanyol itu boleh membentuk gandingan mantap bersama Thiago Alcantara di bahagian midfield.

Sementara Fabinho pula boleh bermain di posisi defensive dengan melepaskan Thiago dan Saul Niguez bermain di posisi lebih ke arah membantu serangan.

Bidaan kedua untuk mendapatkan Saul Niguez telah dihantar dan Liverpool ketika ini sedang menanti jawapan balas dari Atletico Madrid.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Liverpool Terciduk Lagi Di Kaki Brighton Yang Pamerkan Aksi Kebangkitan