Liverpool Telah Menemui Titik Kelemahan Peraturan Baru ‘No Strikers In Wall’

Badan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board, IFAB) telah meluluskan beberapa peindaan yang sudah termaktub dalam peraturan bola sepak (Laws of the Game).

Perubahan peraturan ini akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2019 dan kejohanan yang bermula sebelum tarikh ini mempunyai pilihan mahu menggunakan peraturan baru ini atau tidak.

Ini bukanlah kali pertama pindaaan peraturan dilakukan dalam bola sepak. Sudah semestinya sesuatu yang baru itu akan menimbulkan perdedebatan, tapi itu bukan masalah aku pun.

Tanpa perlu menunggu masa yang panjang Liverpool telah menemui lompong atau kelemahan salah satu daripada peraturan baru itu untuk dieksploitasi yang bertajuk

‘Tiada Pemain Penyerang Dibenteng’

Pemain lawan tidak dibenarkan lagi untuk berdiri bersama pemain pertahanan yang bertahan untuk membuat benteng ketika sepakan percuma dan pemain lawan perlu berada sejauh 1 meter dari benteng.

Benteng hanya boleh dilakukan oleh pemain pertahanan pasukan bertahan ini bagi mengelakkan insiden gangguan d di benteng lawa seperti tolak menolak atau mencilok.

Dalam perlawanan pembukaan Premier League Liverpool telah mengajar semua bagaimana mahu mengambil kesempatan atas peraturan baru ketika menentang Norwich City.

Bijak bukan?

Georginio Wijnaldum, Fabinho dan Roberto Firmino membentuk wall mereka sendiri dihadapan wall pemain Norwich dengan jarak 1 meter.

Ternyata tindakan pemain Liverpool ini menjadi topik hangat peminat bola sepak di media sosial.

Baca Juga

Baca Juga