Liverpool Teruskan Aksi Gagal Dengan Cemerlang Mereka Tewas 3-0 Kepada Wolves

Selepas Brighton, Wolves pula sekali lagi menjadi lawan kepada Liverpool selepas dua kali bertemu di Piala FA dan peluang diberikan kepada Liverpool untuk menang.

Namun sebaliknya terjadi apabila Liverpool telah dibelasah Wolves tiga gol tak mampu dibalas dan mensia-siakan peluang untuk mengejar Arsenal yang tewas.

Wolverhampton Wanderers telah mampamerkan aksi meyakinkan dengan menguasai peringkat awal dan mendahului menentang Liverpool yang terus sendu sesendu sendunya.

Hwang Hee Chan tenang menyambut bola panjang Pablo Sarabia dan menggerudi bola melintasi muka gol. Ia masuk ke dalam pabila bola terbias kaki Joel Matip.

Gol itu telah diberikan kepada Hwang Hee Chan pada awalnya sebelum dikira sebagai gol sendiri di atas nama Joel Matip pada minit keenam.

Enam minit berselang Wolverhampton Wanderers terus menggandakan kedudukan melalui Craig Dawson.

Gol berpunca dari sepakan penjuru dan disusuli hantaran lintang yang mudah ditangkap oleh Alisson Becker sepatutnya namun Joe Gomez datang memotong menolakan bola ke tengah untuk dirembat deras Dawson.

Permainan longlai tidak bermaya lemah dan lembik terus dipamerkan Liverpool yang seakan tidak mampu mengangkat muka untuk melawan dan membiarkan Wolves membuli mereka.

Dihujung separuh masa pertama, permainan dihentikan selepas Hwang Hee Chan mengalami kecederaan dan menerima rawatan. Adama Traore masuk menggantikan Hwang Hee Chan.

Separuh masa pertama tamat Liverpool Wolves 2-0 Liverpool. Adama Traore masuk menggantikan Hee Chan memberi impak yang nyata dengan larian deras tanpa pedomana di sebelah kanan.

Pada minit ke-71, Wolves terus menjarakkan diri dengan gol ketiga apabila hantaran Adama Traore dengan tenang dan mudah ditolak masuk Ruben Neves.

Kesebelasan Utama Wolves: Jose Sa, Nelson Semedo, Dawson, Kilman, Ait Nouri, Lemina, Neves, Matheus Luiz, Sarabia, Matheus Cunha, Hwang.

Pemain Simpanan: Collins, Jimenez, Daniel Podence, Jonny, Bentley, Joao Moutinho, Adama Traore, Hodge, Bueno.

Kesebelasan Utama Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Matip, Gomez, Robertson, Keita, Bajcetic, Thiago, Salah, Gakpo, Nunez.

Pemain Simpanan: Milner, Henderson, Oxlade-Chamberlain, Jones, Elliott, Tsimikas, Carvalho, Phillips, Kelleher.

Baca Juga

Baca Juga