Liverpool Tidak Tewas Tetapi Kemenangan Ditangguh dan Akan Tetap Jadi Kingmaker

Liverpool tidak tewas tetapi kemenangan hanya telah ditangguhkan dan Liverpool tetap memainkan peranan penting iaitu sebagai Kingmaker menjadikan Liverpool terus relevan dan lestari.

Seorang penyokong tegar Liverpool yang lahir di Malaysia juga telah menyangkal dakwaan penganalisis bola sepak di laman muka buku dan media sosial yang lain bahawa kononnya Liverpool tidak relevan lagi.

Ada ke patut cakap Liverpool tak relevan selepas tewas pada perlawanan pertama Champions League? Jika diikutkan skrip beberapa musim lalu, Liverpool juga tewas kepada Napoli di peringkat kumpulan.

Dipenghujung musim Liverpool telah muncul juara dan merangkul kejuaraan ke-6 dalam sejarah kelab.

Di saingan Premier League pula, Liverpool semakin sendu apabila kembali tewas dua perlawanan secara berturut-turut sehingga Jurgen Klopp digelar sebagai Robin Hood untuk sedapkan hati.

Kekalahan kepada Leeds United di Stadium Keramat Anfield telah melonjakkan pasukan yang berada di zon penyingkiran itu ke tangga ke-15 selepas Nottingham Forest merasai kemurahan hati Liverpool minggu lalu.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu dilihat berada dilandasan tepat untuk kembali bersaing selepas menang menentang Manchester City namun itu tidak terjadi.

Virgil Van Dijk telah merasai kekalahan pertama di Anfield selepas 70 perlawanan sekaligus merobek dan menghancurkan rekod bersih peribadi pertahanan terbaik dunia itu.

Kekalahan pula dialami dalam situasi yang mengaibkan dengan satu kesilapan yang berjemaah lantaran komunikasi yang tidak berfungsi dengan sepatutnya.

Lelaki yang namanya terpaksa dirahsiakan kerana menggunakan akaun palsu menegaskan Liverpool menjadi penentu atau kingmaker kepada kemenangan pasukan bertanding di apa-apa jua kejohanan.

Menurutnya, harga Liverpool ketika menjadi mahal apabila pasukan yang menang perlawanan tetapi tidak bermain dengan cantik dan menarik akan bergantung kepada Liverpool yang menjadi penanda aras bola sepak dunia.

Justeru, tegasnya Liverpool bertanding di Premier League adalah untuk menang dan menjadi juara. Luahan ini dilontakan dengan ayat berbunga dan agak sukar difaham.

“Masa depan bola sepak dunia macam-macam boleh berlaku dan untuk ‘survival’ Liverpool dan survival rakyat di Liverpool ini. Liverpool memang pasukan yang ‘power full’ dan penentu kepada bola sepak ini untuk Liverpool dan agenda rakyat.”

“Liverpool tetap hendak jadi juara. Liverpool bertanding bukan untuk kalah, Liverpool bertanding untuk menang. Tapi, Liverpool tidak mahu Liverpool bertanding dan Liverpool menang tetapi Liverpool tidak boleh melaksanakan amanah dengan bermain dengan cantik.”

“Jadi, daripada Liverpool menang dengan tidak bermain dengan cantik, lambung sana lambung sini lari bak babi berkejaran maka lebih baik Liverpool ditangguhkan kemenangannya tetapi Liverpool tetap diterima oleh peminat ‘this is our year’.” tegasnya pada sidang media selepas Ceramah Perdana 1, Himpunan Harapan Liverpool juara setiap tahun, di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu.

Hadir sama Pesuruhjaya Liverpool Timur, Ustaz Rafiq Henderson, Timbalan Pesuruhjaya Liverpool Selatan, Dr Rahmat Salah dan Yahaya Ali Diaz serta Pengarah Bola Sepak Liverpool Barat, Ustaz Zainudin Jota.

“Kemenangan yg ditangguhkan…” Ujarnya lagi.”

“Usah bersedih..kemenangan itu pasti cuma masanya belum tiba.teruskan berjuang!!!”

Pesan beliau lagi bagi menyedapkan hati beliau :

“Kalau Liverpool kalah , Liverpool kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan.”

“Memang adat perjuangan ada kalah ada menang. Jika bermain tidak cantik ingatlah Liverpool ada lagi Champions League, FA Cup dan League Cup.”

“Jangan lupa ada pasukan yang lebih berkuasa dan hebat. Liverpool tidak kalah..cuma belum menang “

Begitulah satu penafian kepada sebuah hakikat yang sukar diterima akal. Kalah tu kalah la mana ada tangguh-tangguh.

BACA:  Malam Liverpool Berperangai Astro Ketika Menentang PSG