Liverpool Umumkan Jersi Home dan Latihan Bagi Musim 2021-22

Paukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool power telah mengumumkan jersi home baharu dan jersi latihan keluaran penaja mereka Nike bagi musim 2021-22

Bermula musim 2020-21 pengeluar pakaian sukan Amerika Syarikat, Nike telah menjadi penaja pakaian rasmi Liverpool menggantikan New Balance.

Pelancaran jersi baru keluaran Nike ini telah diumumkan oleh Liverpool melalui laman sesawang rasmi kelab dan jualan secara pra-tempahan telah pun di buka.

Liverpool berjanju bahawa mereka yang membuat pra-tempahan akan mendapat jersi ini pada hari pelancaran.

Jersi ini mengambil inspirasi dari musim 1964, ketika The Reds berada di bawah pengurusan dan bimbingan Bill Shankly, jersi home musim menggunakan warna merah terang bercahaya.

Pada tahun 1964, Liverpool FC telah memperkenalkan kit merah penuh untuk pertama kalinya dalam sejarah kelab dengan alasan ia akan memberi mereka kelebihan dari segi psikologi.

Dengan kata-kata yang sangat masyhur dari Bill Shankly menjadi asas bagi dominasi mereka selama bertahun-tahun akan datang.:

‘Merah adalah untuk bahaya dan merah adalah untuk kekuatan’

—-

‘Red is for danger and red is for power’

Terinspirasi secara langsung dengan keputusan itu, pasukan lelaki dan Wanita akan berjalan masuk ke padang dengan kit merah lengkap yang diperincikan dengan pinstripes berlapis dan manset lengan panjang berwarna merah tua dan garis leher – mewakili kekuatan, tenaga dan bahaya – untuk musim 2021-22

Sejarah kelab yang rapat dengan gaya kontemporari, jersi dilengkapi dengan swoosh dan lambang berwarna fosil – mengikut jersi tahun 90-an. Pita leher hijau menampilkan utas jalur yang selalu terdapat dalam koleksi jersi home.

Standard Chartered Bank mempunyai penampilan baru yang segar: berani, bersemangat dan mesra digital, jenama ini sesuai untuk era baru.

Ini akan menjadi kit The Reds yang terpaling lestari, jersi pemain dipakai dalam perlawanan dan jugan replika jersi peminat menggunakan 100 peratus kain poliester kitar semula, yang dibuat dari botol plastik kitar semula.

Botol plastik dikumpulkan, dibersihkan dan dicairkan untuk menghasilkan benang berkualiti tinggi untuk pembuatan dan merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Move to Zero’ Nike yang lebih luas, dengan pakaian bola sepak menerajui kelestarian.

Jersi Liverpool bagi musim 2021-22 akan dipakai buat pertama kali dalam perlawanan terakhir Premier League musim ini menentang Crystal Palace.

Pada tahun 2019, secara rasminya Nike menjadi penaja untuk pasukan Liverpool dengan nilai £70 juta setahun dengan 20% hasil penjualan akan dapat kepada kelab.

BACA:  Legenda Liverpool Mahu Karius Diberi Peluang Kedua