Ljungberg Tidak Sedar Aubameyang Keluar Ke Tandas Ketika Ketinggalan

Pierre-Emerick Aubameyang telah keluar daripada padang untuk ke tandas menunaikan hajat ketika perlawanan berlangsung dalam situasi Arsenal ketinggalan dan perlu mengejar untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.

Lebih padu apabial pengurus sementara Arsenal, Freddie Ljungberg langsung tidak menyedari Pierre-Emerick Aubameyang tidak berada dipadang untuk tempoh beberapa minit yang getir itu.

Pada minit ke-88 ketua pasukan Arsenal itu telah menghilangkan diri daripada aksi di padanga menuju ke terowong tanpa sebab yang diketahui.

Selepas perlawanan pengurus sementara Arsenal itu mengesahkan bahawa pemain berasal dari Gabon itu telah menghilang diri untuk melepaskan hajat ditandas.

Tidak ada penjelasan lanjut sama ada hajat itu besar atau kecil.

“Aku sebenarnya tak tahu pun Aubameyang keluar, tapi dia lari keluar dan kembali selepas 2 atau 3 minit kemudian.”

Ketika ditanya lanjut wartawan pada ketika itu Arsenal sedang mengejar tak boleh ke Pierre-Emerick Aubameyang tahan je, 3 minit je kot. Ljungberg menjawab :

“Ya, mungkin kau patut tanya dia sendiri pasal ni, bila kau rasa nak melepas tiada apa boleh mengubahnya.”

Tindakan Pierre-Emerick Aubameyang meninggalkan padang ketika masih mengejar untuk sekurang-kurangnya meraih mata tidak disenangi peminat Arsenal.

Selepas perginya Unai Emery, Freddie Ljungberg menjadi jurulatih sementara yang seri dalam perlawanan pertama menentang Norwich City kini tewas pula kepada Brighton & Hove Albion.

Kekalahan ini telah menjatuhkan Arsenal ke tangga ke-10 Premier League.

Ini merupakan perlawanan ke-9 Arsenal melalui perlawanan tanpa sebarang kemenangan dan kali terakhir terjadinya detik ini adalah pada bulan mac 1977.

Kira-kira 42 tahun lalu. Seri Seri Seri Kalah Seri Kalah Seri Kalah.

Brighton & Hove Albion telah membuka tirai perlawanan pada minit ke-36 hasil jaringan Adam Webster. Namun seperti biasa Arsenal bangkit mengikat dengan tandukan lambung Alexandre Lacazette yang menewaskan Mat Ryan.

Tiada mata buat Arsenal dalam perlawanan ini apabila kebangkitan mereka dalam perlawanan ini hanya bersifat sementara. Kesian Alexandre Lacazette yang menjaringkan gol dalam penampilan ke-100 bersama Arsenal berkahir dengan kekalahan.

David Luiz telah meletakkan Arsenal didepan melalui satu voli tetapi Video Assistant Referee(VAR) lebih adil apabila membatalkan jaringan itu kerana offside.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit Neal Maupay telah melakukan satu sundulan kemenangan yang berpunca dari hantaran lintang lencong Aaron Mooy.

Baca Juga

Baca Juga