Lontaran Tanpa Pedoman Ederson Memberi McTominay Gol Percuma

Manchester United membuktikan bahawa bandar Manchester adalah merah selepas mudah menewaskan Manchester City dalam perlawanan Manchester Derby.

Bruno Fernandes telah mencuri tumpuan dunia dengan satu sepakan percuma sungkitan yang tidak tercapai di akal fikiran.

Kebijaksanaan Bruno Fernandes berjaya mencari Anthony Martial dan disudahkan untuk gol pembukaan.

Sergio Aguero dan Ilkay Gundogan nyata terpedaya dan terpegun melihat bola melambung di atas kepala.

Martial pantas menyambar dan melepaskan satu rembatan yang lemah sekali lagi tapi kali ini Ederson tertewas.

Entah bagaimana Ederson bola melakukan kesilapan, mungkin terkejut dengan kebijaksanaan bola sungkitan Bruno Fernandes.

Perlawanan berlangsung dengan aksi yang mendebarkan jika kau penyokong Setan Merah kerana mereka perlu mempertahankan kelebihan gol.

Namun perlawanan ini tidaklah menarik sangat dan Manchester City hilang punca dengan kecemerlangan Fred dan Namenja Matic ditengah padang.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan kedudukan 1-0, segalanya berubah.

Berbaki 15 minit Manchester United hanya bertahan sahaja dan sesekali melancarkan serangan balas pantas.

Pada minit ke-95, Scott McTominay menggandakan kedudukan selepas Ederson keluar untuk menangkap bola.

Lontaran tanpa pedoman Ederson sampai ke kaki McTominay. Power juga asssit Ederson ni.

Dengan gawang terbuka luas tanpa dikawal terus McTominay meletakkan bola ke gawang dari jarak 36 meter.

Etihad sekali lagi bergema dengan penyokong lawan.

Entah apa yang merasuk Ederson sehingga menjadi pening dalam perlawanan ini sehingga melakukan kesilapan yang bukan-bukan.

Gol pertama terhasil juga daripada kesilapan Ederson walaupun rembatan Martial tidak lah terlalu padu.

Siapa lebih kelakar De Gea atau Ederson

Dalam perlawanan lalu, Everton sudah dihadapan hasil jaringan Dominic Calvert-Lewin yang semakin menjadi-jadi di bawah bimbingan Carlo Ancelotti.

Gol ini berpunca daripada kesilapan David De Gea yang menghadiahkan gol percuma selepas menerima bola.

Cantik kawalan bola De Gea namun tendangan entah bagaimana telah terkena kaki Dominic Calvert-Lewin. De Ge tak perasan ke?

Kesilapan ketujuh yang dilakukan De Gea yang membawa padah sejak awal musim lepas lagi dan tertinggi di Premier League.

Musim ini sahaja sudah tiga kesilapan dilakukan De Gea.

BACA:  Penjaga Gol Ini Menjaringkan Gol Sendiri Seolah Dirinya Dipukau