Lontaran Terjauh Dalam Perlawanan Bola Sepak Alireza Diiktiraf Guinness World Record

Penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand yang terkenal dengan lontaran jauh dari kawasan gol sendiri akhirnya diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai pemegang rekod lontaran terjauh dalam perlawanan kompetitif bola sepak.

Jarak balingan atau lontaran yang dilakukan oleh Alireza Beiranvand selepas diukur secara rasmi oleh pihak Guinness World Record adalah sejauh 61m 26mm atau 61.0026 meter (200 kaki 1.57 inci).

Balingan ini dilakukan oleh Alireza Beiranvand pada 11 Oktober 2016 ketika Iran menentang Korea Selatan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA di Stadium Azadi, Tehran, Iran.

Balingan rekod dunia Alireza Beiranvand pada 2016 sedikit sayang gagal diterjemah dengan jaringan oleh rakan sepasukannya.

Selepas 5 tahun balingan itu dilakukan barulah pihak Guinness World Record memberi pengiktirafan dan dimasukkan dalam laman sesawang mereka.

“Balingan jarak terjauh bola sepak (bola bola sepak) dalam perlawanan kompetitif ialah 61 m 26 mm (200 kaki 1.57 in.), dan dicapai oleh Alireza Beiranvand (Iran), bermain untuk Iran menentang Korea Selatan, di Stadium Azadi, Tehran, Iran, pada 11 Oktober 2016.

Beiranvand terkenal di dunia kerana taburan balingannya, balingan rekod dunianya berlaku semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Korea Selatan di stadium Azadi yang berkapasiti 100,000 tempat duduk.”

“The farthest distance throw of a football (soccer ball) in a competitive match is 61 m 26 mm (200 ft 1.57 in.), and was achieved by Alireza Beiranvand (Iran), playing for Iran against South Korea, at the Azadi Stadium, Tehran, Iran, on 11 October 2016.

Beiranvand is world-renowned for his throwing distribution, his world record throw took place during a FIFA World Cup qualifying match against South Korea at the 100,000 seater Azadi stadium.”

Alireza Beiranvand kini beraksi bersama kelab Portugal Boavista secara pinjaman dari Royal Antwerp dan telah menerima pengiktirafan rasmi pada 25 November lalu dan diraikan oleh Boavista.

Kisah hidup penjaga gol berusia 29 tahun itu sangat memberi inspirasi yang pernah lari dari rumah bagi mengejar impiannya untuk menjadi pemain bola sepak profesional dan pernah hidup sebagai gelandangan.

Alireza Beiranvand pernah menjadi bualan di Piala Dunia 2018 ketika menyelamatkan sepakan penalti pemain sensasi dunia, Cristiano Ronaldo ketika Iran berjaya mengikat Portugal 1-1 di peringkat kumpulan.

Alireza mencuri perhatian umum apabila membaling bola dengan jarak yang agak jauh ketika Iran sedang melancarkan counter-attack dalam perlawanan menentan Iraq di kelayakan Piala Asia 2019.

Kisah Hidup Menakjubkan Alireza

Kisah hidup Alireza Beiranvand ini penuh ranjau dan panjang seperti balingannya di padang, kisah perjalanan karier Beiranvand juga tidak kurang hebatnya dan sungguh menginspirasikan.

Alireza Beiranvand dilahirkan di sebuah kampung kecil Sarab-e Yas di Daerah Khorramabad, Wilayah Lorestan dan dibesarkan dalam keluarga nomad. Dalam beberapa wawancara, Alireza Beiranvand mentakrifkan dirinya sebagai Laki Kurdish.

Ketika remaja, beliau lari dari rumah untuk mengejar cita-cita dan impiannya menjadi seorang pemain bola sepak profesional.

Lebih menakjubkan lagi, kerana memilih untuk melarikan diri dari rumah, Beiranvand turut sempat menjadi gelandangan buat seketika.

Beliau bersetuju untuk kerja di sebuah kilang pakaian, kedai cuci kereta, kedai pizza dan beliau juga pernah bekerja sebagai tukang cuci jalanan untuk kelangsungan hidup.

Karier Bola sepaknya bermula pada umur 12 tahun dan bermain sebagai penyerang bersama sebuah kelab kecil sebelum menyedari bakatnya sebagai penjaga gol.

Namun impiannya untuk menjadi pemain bola sepak telah ditentang keras oleh bapanya yang berpendapat bola sepak bukan kerjaya yang sebenar. Tak leh cari makan senang cerita.

Tentangan bapanya menjadi pembakar semangat dan Alireza melarikan diri ke Tehran demi mengejar cita-citanya dengan menyertai kelab besar di ibu negara.

Ketika inilah Alireza menjadi gelandangan di Tehran dengan tidur di jalanan diluar Menanra Azadi dan di muka pintu kelab dimana beliau berlatih dalam tempoh percubaan.

Pada ketika itu masyarakat memandangnya sebagai seorang pengemis kemudian Alireza diterima oleh sebuah kelab tempatan dan terpaksa melakukan beberapa pekerjaan untuk menampung hidup dan tempat tinggal.

Halangan demi halangan serta ranjau kehidupan Alireza hadap begitu sahaja sehinggalah berliau menyertai kelab Naft Tehran pada tahun 2011 untuk pasukan bawah 23 tahun sebelum menjadi penjaga gol pasukan utama.

Pada tahun 2015 karier bola sepak Alireza terus gemilang apabila menjadi penjaga gol utama pasukan kebangsaan Iran. Dapat mewakili negara merupakan penghormatan besar buat pemain bola sepak, bukan macam pemain negara kau.

Alireza Beiranvand menjadi bualan dunia selepas menyelamatkan sepakan penalti Cristiano Ronaldo di Piala Dunia 2018 dan berjaya mengikat juara EURO 2016 itu.

Keputusan seri itu tidak membawa Iran kemana-mana namun membawa Alireza ke mata dunia dan kisah hidupnya menjadi inspirasi buat ramai orang.

Selepas Naft Tehran, Alireza menyertai Persepolis pada tahun 2016 sebelum melebarkan sayap ke Eropah pada 2020 menyertai kelab Belgium Royal Antwerp.

Alireza kemudian dipinjamkan ke Boavista F.C yang beraksi di Primeira Liga yang merupakan liga teratas Portugal.

BACA:  Peminat Bola Wanita Ini Rasa Perlawanan Di Qatar Lebih Selamat Berbanding England