Lord Bendtner Dedah Tandas Jadi ‘Port’ Merokok Pemain Juventus

Lord Nicklas Bendtner telah mendedahkan satu kisah yang mengembalikan kenangan di zaman persekolah, di mana tandas telah menjadi ‘port’ atau tempat pemain Juventus melepaskan gian untuk merokok.

Lord mencipta nama bersama Arsenal dan berjaya menjaringkan 45 gol dalam 171 penampilan bersama Arsenal dan kemudian berkelana mencari sentuhan bersama Birmingham City, Sunderland, Juventus, Wolfsburg dan Nottingham Forest.

Nicklas Bendtner mendedahkan hari pertama beliau menyertai Juventus sudah pun memberi gambaran yang mengejutkan, apabila mendapati 10 sehingga 12 daripada pemain berada di tandas, menikmati kopi, berbual kosong dan merokok!

Bendtner sememangnya dikenali sebagai seorang pemain yang suka berseronok, kini telah pun bersara daripada bola sepak, dan baru-baru ini berkongsi mengenai pengalamannya di Turin pada musim 2012/13 kepada BBC Radio 5 Live.

“Ianya di bilik mandi, saya tidak melihat seorang pun pemain dan perkara ini amat aneh. Ia adalah hari pertama saya [bersama Juventus]. Tetapi saya juga jenis pemain yang cepat menyesuaikan diri.

“Kemudian saya menemui 10 sehingga 12 daripada mereka di tandas, menikmati kopi, berbual kosong antara satu sama lain – dan juga merokok.

“Ia adalah pemandangan yang saya suka dan membuatkan saya mahu ikut sekali.”

Sebelum ini pemain seperti Gigi Buffon, Andrea Pirlo dan beberapa pemain lain pernah mendedahkan diri mereka merokok, namun ia tidak pernah menanggu prestasi mereka di atas padang.

“Apa yang boleh anda katakan kepada mereka? Jika anda menilai karier dan betapa profesionalnya mereka, ia adalah perkara yang mengejutkan buat saya mengenai dua pemain ini.

“Ini kerana tahap profesional yang ditunjukan dan keakraban mereka berada pada paras berbeza, jadi tidak ada sesiapa mengsyaki apa-apa.”

Suatu ketika apabila Mario Balotelli menyertai Manchester City dan Liverpool di Itali, pemain itu diibaratkan skandal oleh media British.

“Ia kelakar apabila Mario Balotelli tiba di England dan semua orang bercakap mengenai perbuatan beliau merokok di tandas,” sambung Bendtner.

“Dan ia menjadi tajuk berita utama – seorang pemain merokok. Di setiap kelab yang saya pergi dan beraksi, akan ada pemain yang merupakan perokok.

“Ia adalah perkara kebiasaan di Itali, jauh sekali lebih normal berbanding di England.”

Lord Bendtner Pecahkan Guinness World Record Pada 2007

Nicklas Bendtner atau gelaran popularnya Lord Bendtner telah memecahkan Guinness World Record Pada tahun 2007 ketika beliau beraksi bersama Arsenal menentang musuh ketat mereka Tottenham Hotspurs.

Untuk rekod Lord pernah beraksi bersama Arsenal, Wolfsburg dan Juventus. Prestasi Arsenal terus tersekat pada skala 4 selepas pemergian Lord Bnedtner. Bersama Denmark Lord telah membuat 79 penampilan dan menjaringkan 30 gol.

Kejayaan terhebat Lord adalah pada permulaan musim 2007/08 apabila Arsenal menentan Spurs dalam perlawanan North London Derby yang penuh kemasyuhuran itu.

Sejarah ini tercatat dalam perlawanan pada 22 Disember 2007. Lord muncul pemain gantian Premier Leagus terpantas menjaringkan gol selepas masuk dari bangku simpanan.

Lord Bendtner menjaringkan gol selepas 6 saat masuk ke padang. Gila power Lord.

Hail Lord!

Lagenda Arsenal, Lord Bendtner juga pernah melakukan aksi tidak masuk akal ini suatu ketika dahulu.

Oh memori.

BACA:  Kisah Lawrence Lemieux Lepaskan Pingat Olimpik Demi Nyawa Lawannya