Lord Bentdner Bakal Kembali Ke England

Pemain terulung di alam semesta Lord Nicklas Bentdner dilaporkan telah bersetuju untuk kembali ke England dan kembali menguasai dunia bolasepak Inggeris.

Menurut laporan Sky Sports Lord Bentdner telah setuju untuk menyertai Kelab Liga Kejuaraan, Nottingham Forest.

Lord Bentdner telah mengadakan perbincangan di City Ground pada Selasa dan telah bersetuju secara verbal untuk menandatangi kontrak bersama Nottingham Forest. Perjanjian tersebut dijangka bakal di umumkan seawal hari rabu ini.

Pemain berusia 28 tahun itu muncul sebagai pemain berstatus bebas setelah di pecat oleh kelab Jerman, Wolfsburg. Status tersebut membolehkan Forest mengikat Lord Bentdner walaupun di luar jendela perpindahan. Satu kerugian buat Wolfsburg semoga tidak kemarau kejuaraan seperti yang dialami Arsenal.

Lord Bentdner bakal menjadi pemain baru yang ke-12 tiba di Forest selepas Philippe Montanier dilantik sebagai Ketua Jurulatih.

lord-bentdner-bakal-kembali-ke-england-lagi

Nottingham Forest bakal bertemu Arsenal dalam pusingan ketiga EFL Cup pada 21 September dan inilah peluang untuk Lord Bentdner mengajar Arsenal apa itu erti penyesalan. Sudah pasti Wenger bakal merindui Lord Bnetdner.

Baca : Senarai Pemain Terbaik Arsenal di Bawah Kendalian Arsene Wenger

Pemain kebangsaan Denmark ini memulakan karier bersama Arsenal sebelum di pinjamkan ke Birmingham. Sunderland dan Juventus dan berpindah ke Wolfsburg pada 2014.

Untuk rekod Lord menjaringkan 24 gol dalam 108 penampilan bersama Arsenal dan menjaringkan 29 gol dalam 72 penampilan bersama negaranya.

Baca Juga

Baca Juga