Louis Van Gaal Bersara Daripada Bola Sepak

Dunia bola sepak menerima satu berita menyedihkan apabila jurulatih kelas dunia, Louis Van Gaal telah mengumumkan persaraan daripada bola sepak secara menyeluruh. Van Gaal mengumumkan persaraan tersebut setelah menerima anugerah sepanjang zaman daripada kerajaan Belanda.

Secara total, Van Gaal telah bergelumang dalam arena bola sepak selama 44 tahun, setelah memulakan karier sebagai pemain pada tahun 1972 dengan kelab Ajax Amsterdam. Kariernya sebagai pemain bola sepak tidaklah bergitu berkembang dan Van Gaal tidak pernah bermain mewakili negara.

Antara rekod kejayaan Van Gaal sebagai jurulatih

Takhta Liga :
Ajax (1993-94, 1994-95, 1995-96)
Barcelona (1997-98, 1998-99)
AZ Alkmaar (2008-2009)

Liga Juara-Juara :
Ajax (1994-95)

Piala UEFA :
Ajax (1991-92)

Piala FA :
Manchester United (2015-2016)

AZ dan Ajax

Pada tahun 1986, Van Gaal memulakan langkah pertama dalam kejurulatihan apabila menjadi penolong pengurus. Taring harimau yang sedang tidur ini mula kelihatan setelah mengemudi Ajax Amsterdam pada tahun 1991 sehingga 1997 di mana dia telah berjaya memenangi segala mak nika kejohanan yang disertai – Eredivise, Piala UEFA, Liga Juara-juara, Piala KNVB dan UEFA Super Cup.

Van Gaal juga telah melahirkan pemain muda yang kemudiannya berkelana ke seluruh eropah seperti Patrick Kluivert, Marc Overmars, Dennis Bergkamp, Frank dan Ronald de Boer, Edgar Davids, Michael Reixiger dan Edwin van der Sar. Lebih indah lagi, Ajax – dibarisi pemain muda telah membelasah AC Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 1995.

Barcelona dan Belanda

Prestasi cemerlang bersama Ajax telah membuka hati Barcelona untuk mengambilnya pada tahun 1997 sehingga 2000 di mana dia telah memenangi dua La Liga dan satu Copa Del Rey.

Pada tahun 2000 Van Gaal menguruskan pasukan kebangsaaan Belanda untuk ke Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan, namun pasukan Oranje gagal layak kerana terlalu bergantung kepada pemain tua.

Pada tahun 2002, Van Gaal kembali ke Barcelona selama semusim sebelum kembali ke Ajax pada 2004 sebagai pengarah teknikal, tetapi hanya bertahan setahun kerana tidak berlaga angin dengan ketua jurulatih ketika itu, Ronald Koeman.

Kembali ke AZ

Van Gaal kembali ke tempat dia memulakan karier jurulatih, AZ Alkmar pada 2005 dan membawa mereka muncuk jaura Eredivise pada musim 2008-09. Selepas di AZ selama empat tahun, Van Gaal ke Bayern Munich dari 2009-2011, dan memnangi Bundesliga pada tahun 2010. Pada tahun yang sama, skuad Van Gaal tewas kepada Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah, dan Inter ketika itu dibimbing anak muridnya di Barcelona, Jose Mourinho.

Piala Dunia bersama Belanda

Van Gaal kemudiannya kembali menjadi ketua jurulatih Belanda untuk Piala Dunia 2012-14 dan mereka berjaya mare ke separuh akhir, hasil daripada formasi 3-5-2 yang diterapkannya ketika itu. Kejayaan tersebut membuka mata pasukan Manchester United dan mereka berjaya mendapatkan Van Gaal selepas kempen Piala Dunia.

Manchester United

Pada tahun 2016, Van Gaal berjaya memenangi Piala FA – piala pertama selepas era Ferguson, tetapi memandangkan pasukan Manchester tersebut menamatkan liga di tangga kelima, Van Gaal dipecat untuk memberi laluan kepada Jose Mourinho – kini kekal di nombor enam liga. Semasa di United, Van Gaal pernah terjatuh ditolak angin ketika perlawanan menentang Arsenal.

Mistik : Van Gaal terjatuh ditolak angin

Di sebalik turun naik rekodnya, Van Gaal tetap diiktiraf sebagai antara jurulatih terbaik di dunia.

Baca Juga

Baca Juga