Lovren Gembira Gandingan Bersama Van Dijk Menampakkan Hasil Yang Positif

Pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren percaya corak permainan Liverpool yang menekankan corak serangan kadang kala mengakibatkan bahagian pertahanan mereka terdedah.

Walaupun demikian, Lovren berkata gandingan beliau bersama Virgil Van Dijk di bahagian pertahanan Liverpool telah menunjukkan petanda positif dimana jumlah gol yang dilepaskan semakin berkurangan jika dibandingkan sebelum ketibaan Van Dijk di Anfield.

Lovren mula menunjukkan prestasi yang baik sejak digandingakan dengan Van Dijk

Liverpool berbelanja besar untuk mendapatkan Van Dijk dari Southampton Januari lalu untuk memperkuatkan bahagian pertahanan mereka yang bermasalah. Van Dijk tiba di Liverpool dalam perjanjian bernilai £75juta, menjadikan beliau pemain pertahanan termahal di dunia.

Lovren pula sering menerima kritikan dari pihak media sejak menyertai Liverpool kerana gagal menunjukkan prestasi beliau ketika bersama Southampton dimana beliau dianggap antara pemain pertahanan terbaik di England suatu ketika dahulu.

Prestasi Lovren sekali menjadi perhatian umum pada awal musim dan kemuncaknya adalah ketika Liverpool tewas 4-1 kepada Tottenham Hotspurs pada Oktober tahun lepas, dimana beliau dikeluarkan pada seawal minit ke-31.

Ubi Soton

Walaubagaimanapun, situasi tersebut tidak menggugat keyakinan pemain antarabangsa Croatia ini dan beliau telah berjaya menambat kembali perhatian Jurgen Klopp untuk berada dalam kesebelasan utama Liverpool. Gandingan Lovren dan Van Dijk di bahagian pertahanan Liverpool hanya melepaskan 1 gol dari 5 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Dalam satu temubual ekslusif bersama Skysports, Lovren berkata beliau gembira persembahan beliau mendapat pujian sambil menambah beliau dan Van Dijk bekerjasama dengan baik apabila diletakkan bermain bersama.

“Amat bagus untuk mendengar perkara positif berkenaan anda, tetapi apabila pengurus [Klopp] memilih pemain lain bermain di posisi anda, anda akan berasa kecewa.”

“Saya rasa kami [Lovren & Van Dijk] bermain dengan baik dalam dua perlawanan terakhir kami bermain bersama. Saya dan Van Dijk memahami satu sama lain dan saya berharap kami dapat bekerjasama lagi pada masa hadapan.”

“Saya pernah berkata beberapa kali sebelum ini yang tiada pemain yang tidak melakukan kesilapan, ditambah pula anda seorang pemain pertahanan dan cara Liverpool bermain.”

“Kami bermain bolasepak dengan corak serangan yang aggresif dan kadang kala anda akan dibiarkan berseorangan berhadapan dengan penyerang berkualiti tinggi. Penyerang sebegini hanya memerlukan  satu peluang sahaja dan apabila mereka berjaya menjaringkan gol, peminat akan menyalahkan anda.”

Jangan lupa malam esok 8.30 malam. Adakah bas mampu ditembusi trio hadapan Liverpool ?

“Saya sedar kadang kala saya membuat keputusan yang salah di atas padang. Tetapi itulah bolasepak. Ia bergantung kepada saya sendiri untuk melupakan perkara tersebut dan memandang ke hadapan.”

Lovren turut mengakui isu luar padang telah menjejaskan prestasinya di Liverpool dimana beliau menerima ugutan bunuh di media sosial. Rumah beliau juga menjadi sasaran penceroboh ketika beliau terlibat dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Maribor. Isteri dan dua anaknya berada di rumah ketika kejadian berlaku.

“Sesetengah orang akan faham situasi yang saya alami, tetapi ada juga yang tidak faham. Ketika menghadapi situasi sukar ini, saya menerima sokongan dari beberapa pihak yang sangat membantu antaranya pengurus, kelab, rakan sepasukan dan sudah tentu peminat Liverpool yang tanpa henti memberikan sokongan kepada anda.”

BACA:  Champions League 2022/23: Napoli 4-1 Liverpool