Penentuan 4 pasukan ke-3 terbaik ditentukan dengan kiraan kad dan Vietnam mengatasi Lubnan.
Pada hari terakhir peringkat kumpulan semalam menyaksikan Oman bertemu Tukmenistan dan Lubnan menentang Korea Utara.
Selepas Bahrain sudah mendapat 1 slot pasukan ke-3 terbaik di kumpulan A dengan mengutip 4 mata, Kyrgyzstan dan Vietnam menamatkan kumpulan B & C di tempat ke-3 dengan 3 mata.
Bagaimanapun Kyrgystan mempunyai kelebihan perbezaan jaringan berbanding Vietnam. Kyrgystan mengumpul perbezaan jaringan 0 dan Vietnam -1.
Vietnam berpotensi tersingkir jika Oman dan Lubnan mampu mengatasi perbezaan jaringan Vietnam dan Kyrgystan boleh sudah terselamat dengan kedudukan minima menjadi pasukan ke-4 dari 3 terbaik.
Oman berjaya menewaskan Turkmenistan dengan defisit 2 gol, menang 3-1 dan menjadikan perbezaan jaringan 0 mengatasi Vietnam.
Sementara itu Bahrain berjaya menyamai perbezaan jaringan Vietnam (0).
Kriteria terakhir terpaksa digunakan apabila 3 kriteria pertama terikat diantara pasukan Bahrain dan Vietnam.
1. Mata
2. Perbezaan jaringan
3. Jumlah jaringan

Vietnam dan Bahrain mempunyai mata yang sama iaitu 3, perbezaan jaringan yang sama -1 dan jumlah jaringan yang sama 3 gol.
Pada perlawanan pembukaan ketika Vietnam tewas 2-3 kepada Iraq, Nguyen Trong Hoang mengutip kad kuning seawal minit pertama dan Do Duy Manh menjadikan pasukan naga merah ini mengumpul 2 kad kuning.
Sementara itu Lubnan juga mengutip 2 kad kuning melalui Robert Melki dan Hassan Maatouk akibat menampan bola menggunakan tangan ketika tewas 0-2 bertemu Qatar.
Vietnam menambah lagi 2 menjadikan 4 kad kuning pada perlawanan ke-2 melalui Doan Van Hau dan Do Duy Manh yang mengutip kad ke-2 peribadi.
Lubnan menambah 3 kad menjadi 5 kad kuning ketika tewas 0-2 kepada Arab Saudi melalui Felix Melki, Mohamed Haidar dan 1 kad kuning sia-sia dari Hilal Alhelwe kerana membantah keputusan pengadil.
Vietnam menamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan dengan hanya mengutip 1 kad kuning melalui Nguyen Cong Phoung. Menjadikan Vietnam mengumpul 5 kad kuning.
Lubnan terus mengutip 1 lagi kad yang sia-sia melalui Mohamed Haidar kerana membantah dan Robert Melki mengutip kad ke-2 peribadi dalam perlawanan terakhir menentang Korea Utara. Bahrain mengutip 7 kad kuning secara keseluruhan.
Ketika Vietnam mengumpul 5 kad kuning yang melibatkan kekasaran dalam permainan, Lubnan mengutip 4 kad kuning kekasaran, 1 bola terkena tangan dan 2 kad kuning kerana membantah membawa pasukan ini tersingkir dari peringkat kumpulan.
