Luis Suarez : Saya Tiada Nilai Komersil Untuk Memenangi Ballon d’Or

Penyerang berbisa Barcelona yang sentiasa menggigit, Luis Suarez menyatakan bahawa beliau tidak berpeluang untuk memenangi Ballon d’Or disebabkan oleh faktor “Pemasaran dan Media” berbanding persembahan yang beliau tunjukkan di padang.

Suarez percaya populariti di kalangan orang awam lebih memainkan peranan berbanding aksi di padang untuk memenangi Ballon d’Or kecuali Messi yang memenanginya kerana Messi berhak untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Pemain kebangsaan Uruguay ini teah dianugerahkan Kasut Emas Eropah pada khamis selepas menjaringkan 40 gol di La Liga bagi musim 2015/16.

Suarez dilihat tidak berminat untuk merebut anugerah pemain terbaik dunia yang sejak kebelakangan ini menjadi rebutan hanya di antara Messi dan Ronaldo sahaja, tetapi Suarez nampaknya meragui kerdibiliti anugerah tersebut.

“Ballon d.Or lebih kepada strategi pemasaran dan media berbanding pencapaian pemain di padang.” Luah Suarez

“Saya telah memperoleh semua anugerah yang diberikan kepada saya adalah atas usaha di padang. Anugerah kasut emas untuk penjaring terbanyak dan tiada orang yang boleh merampasnya dari saya”

“Tetapi saya tidak berpeluang untuk memenangi Ballon d’Or kerana untuk memenanginya ia melibatkan aspek pemasaran dan komersil, saya tidak mempunyai kelebihan dalam perkara itu. Saya bercita-cita untuk memenangi satu lagi Kejuaraan Liga Juara Eropah, itu sememangnya hebat.”

Suarez mengakui bahawa beliau dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang kerana mempunyai rakan sepasukan seperti Messi yang membantu beliau untuk memenangi anugerah kasut emas.

Ketika ditanya adakah sukar untuk berada di atas Messi? Suarez menjawab.

“Sudah tentu, untuk mengatasi Messi adalah mustahil kerana saya bermain bersama pemain terbaik dunia dan Messi yang terbaik dalam sejarah.”

Suarez juga tidak mahu ambil peduli sama ada orang ramai bercakap mengenai beliau sama seperti Messi dan Ronaldo.

“Saya tidak membandingkan diri saya dengan orang lain, saya mempunyai cara bermain saya sendiri, di mana ia berbeza. Fokus utama saya adalah untuk membantu pasukan.”

Apa boleh disimpulkan di sini, Suarez tidak kisah tidak menang Ballon d’Or jika Messi memenanginya dan bukan orang lain? Suarez tidak layak menang kerana tidak hensem dan gigi tubek jika di bandingkan dengan Ronaldo?

Teringat pulak lagu Aku Hanya Serangga.

Jadilah aku pengingat yang setia
Setelah aku tahu
Aku hanya serangga
Di taman belantara

Baca Juga

Baca Juga