Luka Modric Mugkin Dihumban Ke Penjara Kerana Berbohong

Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric telah disabitkan kesalahan melakukan ‘perjury’ atau berbohong ketika mengangkat sumpah dalam satu kes melibatkan bekas direktor Dinamo Zagreb, Zdravko Mamic di Croatia.

Mamic disabitkan kesalahan oleh pihak berkuasa Croatia kerana cuba lari dari membayar cukai. Modric pula dipanggil untuk memberi kenyataan di mahkamah kerana perpindahan beliau ke Tottenham pada tahun 2008 turut terlibat sama dan disiasat.

Modric berdepan kemungkinan dipenjara selama 5 tahun

Ketika hadir ke mahkamah untuk memberikan bukti pada tahun 2017, pemain antarabangsa Croatia ini dituduh melakukan kesalahan kerana memberikan testimoni yang salah. Beliau memberikan testimoni yang salah pada Jun 2017 ketika pihak berkuasa menyiasat perpindahannya ke Tottenham dari Dinamo Zagred pada tahun 2008.

Mamic dan 3 lagi individu telah dituduh melakukan korupsi, dimana mereka ini dilaporkan mengambil sebahagian dari yuran perpindahan pemain tersebut.

Modric turut terlibat sama kerana lampiran yang tercatat dalam kontraknya bersama Dinamo Zagreb. Dalam kontraknya telah tertulis yuran perpindahan yang beliau terima akan dibahagikan secara 50-50 melibatkan kelab dengan pemain.

Menurut pendakwa raya, Modric memberitahu pihak berkuasa pada tahun 2015 yang lampiran pada kontraknya itu telah ditandatangani selepas beliau berpindah ke Tottenham.

Modric ketika memberikan testimoni dalam kes bekas direktor Dinamo Zagreb.

Modric kemudiannya menukar testimoni beliau dengan berkata lampiran tersebut sebenarnya telah ditandangani pada tahun 2004 lagi. Pihak pendakwa raya berkata tindakan Modric itu adalah cubaan untuk membantu Mamic dalam kes ini.

Peguam telah memberi amaran kepada Modric pada Jun 2017 yang beliau perlu berkata benar dan memberikan testimoni palsu adalah satu kesalahan jenayah. Jika Modric terbukti bersalah memberikan testimoni palsu, beliau berdepan kemungkinan dipenjarakan selama 5 tahun.

Walaubagaimanapun, Persatuan Bolasepak Croatia amat yakin Modric tidak bersalah dalam kes ini dan berdiri teguh di belakang kapten pasukan kebangsaan Croatia itu.

“Persatuan Bolasepak Croatia akan terus memberikan sokongan secara konsisten kepada mereka yang tidak bersalah sehinggalah terbukti mereka bersalah.”

“Sepanjang 20 tahun penglibatan Modric dalam bolasepak, beliau telah menunjukkan karakter yang baik. Modric adalah seorang yang bertanggunjawab dengan hubungannya bersama rakan sepasukan, dan juga telah memberikan sumbangan kepada pasukan kebangsaa Croatia.”

Perpindahannya ke Spurs dalam siatan pihak berkuasa kerana terdapat salahlaku

“Oleh kerana karier hebat yang dimilikinya ditambah kelakuan beliau bersama pasukan kebangsaan, Modric telah dilantik untuk menjadi kapten pasukan kebangsaan. Dalam peringkat kelab pula, Modric telah membuktikan beliau adalah pemain paling hebat dalam sejarah bolasepak Croatia.”

“Oleh kerana semua ini, Persatuan Bolasepak Croatia berdiri teguh di belakang kapten kami dan percaya proses mahkamah ini akan membuktikan Modric tidak bersalah.”

“Kami juga percaya proses mahkamah ini tidak akan memberikan kesan negatif kepada persembahan pasukan kebangsaan dalam saingan Piala Dunia di Russia nanti.”

BACA:  Courtois: Bale Tak Pandai Bergaul Dengan Rakan Sepasukan