Lukaku Bertanggungjawab Membawa Havertz Ke Chelsea

Romelu Lukaku telah mengakui yang beliau pernah memberitahu Kai Havertz supaya pergi menyertai Chelsea, ketika mereka bertemu dalam saingan Europa League yang menemukan Inter Milan bertemu Bayer Leverkusen pada Ogos 2020.

Lukaku sendiri mendedahkan tentang bagaimana beliau mempengaruhi Havertz supaya bersetuju untuk menandatangani perjanjian bersama Chelsea

Havertz yang mendengar nasihat dari pemain kebangsaan Belgium itu akhirnya menyertai Chelsea dan turut menjadi wira The Blues ketika beliau menjaringkan gol kemenangan mereka ketika aksi perlawanan akhir saingan Champions League musim lalu.

Lukaku mendedahkan kepada Chelsea TV bahawa:

“Saya bercakap dengan Kai Havertz ketika kami beraksi dalam saingan Europa League bersama, dan saya beritahu dia supaya pergi ke Chelsea.”

Penyokong Chelsea turut teruja melihat perkembangan fizikal Lukaku ketika ini dengan beliau dilihat sedang berada di tahap yang terbaiknya dan sudah sangat bersedia untuk membantu The Blues memenangi Piala kejuaraan.

Para peminat sudah semestinya teruja menanti aksi Lukaku bersama skuad Chelsea dan turut gembira mengetahui yang bintang Belgium itu menjadi ‘Ejen Rome’ yang membawa Havertz ke Stamford Bridge.

Para peminat tentunya sangat berharap untuk melihat gandingan Lukaku dan Havertz di bahagian jentera serangan Chelsea.

Ramai yang mahu melihat bagaimana gandingan kedua-dua pemain yang pernah bertemu dalam perlawanan peringkat suku akhir saingan Europa League pada tahun 2020 itu, bergandingan bersama untuk membantu membawa Chelsea ke tahap terbaik.

Kedua-dua pemain itu juga sebenarnya saling menghormati satu sama lain dengan Lukaku ketika pertemuan mereka sebelum ini, telah memuat naik gambar mereka selepas kejayaan mereka menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing dengan menulis:

“Kamu merupakan bintang yang bakal memuncak naik selepas ini.”

Tulis Lukaku di media sosial miliknya.

Chelsea memulakan kempen saingan liga mereka musim ini dengan sangat baik selepas kejayaan mereka menewaskan Crystal Palace 3-0 di Stamford Bridge sebelum ini.

Marco Alonso, Christian Pulisic dan Trevor Chalobah muncul sebagai penjaring gol untuk Chelsea dalam perlawanan itu, seterusnya membantu skuad kendalian Thomas Tuchel untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Kai Havertz dimasukkan pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut dengan beliau sebenarnya merupakan nadi utama dalam sistem serangan Chelsea pada ketika ini.

Lukaku yang baru ditandatangani dengan nilai £97.5 juta dari Inter Milan tidak diturunkan dalam aksi sebelum ini kerana masih menjalani sesi kuarantin wajib.

Walau beliau tiada dalam stadium pada hari tersebut, namun para penyokong Chelsea tetap memberikan standing ovation pada Lukaku tanda mengucapkan selamat datang padanya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemakanan Punca Lukaku Hanya Handal Ketika Di Itali Dan Tidak Di England