Lukaku Dan Odoi Terpaku Melihat Kedunguan Mount Mensia-siakan Peluang Keemasan

Romelu Lukaku dan Callum Hudson Odoi terpaku melihat aksi dungu Mason Mount terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Mount ketika itu berdepan dengan seorang pemain pertahanan dan gawang gol yang terbuka luas tanpa penjaga gol.

Chelsea berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-1 menewaskan Aston Villa di Villa Park awal pagi tadi, dengan Jorginho dan Lukaku muncul sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.

Jorginho seperti biasa, namanya hanya akan muncul sebagai penjaring gol ketika Chelsea dihadiahkan sepakan penalti dan beliau cemerlang menyempurnakan dua sepakan penalti hari ini.

Satu lagi gol berjaya dijaringkan oleh Romelu Lukaku seterusnya mengesahkan kemenangan 3-1 The Blues menewaskan Aston Villa yang turun beraksi tanpa pengurus mereka, Gerrard di tepi padang.

Steven Gerrard tidak dapat bersama dengan anak-anak buahnya dalam perlawanan ini kerana beliau terpaksa menjalani sesi kuarantin wajib selepas disahkan positif C0V-19.

Ketika aksi kemenangan 3-1 itu, Chelsea sebenarnya memiliki banyak lagi kesempatan lain untuk menjaringkan gol, namun sayangnya mereka gagal untuk memanfaatkan semua kesempatan yang ada.

Kecekapan Emi Martinez memainkan peranan penting dalam perlawanan ini selepas beliau begitu banyak menyelamatkan percubaan bahaya dari jentera serangan Chelsea.

Telah berlaku satu insiden dalam perlawanan ini, yang memperlihatkan bagaimana Mason Mount terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol tambahan untuk Chelsea pada aksi babak kedua permainan.

Mount menerima bola dari tengah padang dengan Mount bijak membuat larian mencari ruang kosong untuk menerima bola.

Berjaya mengawal bola dan melepasi Emi Martinez yang sudah keluar dari gawang golnya, dan hanya perlu berdepan dengan Tyrone Mings dan gawang gol yang kosong.

Berbanding mengawal bola terlebih dahulu dan melepaskan rembatan di kawasan yang sudah terbuka, beliau lebih memilih untuk melepaskan rembatan terus ke sisi gawang.

Ia merupakan percubaan yang sangat sia-sia dengan bola rembatan Mason Mount jauh melepasi gawang gol dan sama sekali tidak memberi ancaman ke kubu Aston Villa.

Romelu Lukaku dan Callum Hudson Odoi pada ketika itu turut berada dalam kotak penalti, dengan mereka menunggu Mount untuk melorongkan bola.

Mount sebenarnya boleh melorongkan bola ke kawasan tengah untuk mencari Lukaku dan Odoi namun beliau tetap mahu mencuba nasib.

Lukaku dan Odoi menunjukkan reaksi yang sama dengan menunjuk isyarat meminta Mount menghantar bola kepada mereka sebaik melihat percubaan tersasar dari bintang England itu.

Tidak dinafikan juga, kesilapan Mount ini bolehlah dianggap antara aksi paling dungu sepanjang musim ini selepas aksi dungu Jota mensia-siakan peluang ketika aksi bertemu Wolves sebelum ini.

Situasi Jota pada ketika itu hampir sama, dengan beliau berdepan gol kosong namun memilih untuk mencuba di bahagian yang ada pertahanan lawan.

Mount lebih teruk lagi, dengan beliau langsung tidak berjaya untuk mencatat on target, sebaliknya memilih untuk merembat bola ke tepi gawang.

Mujur saja kedunguan Mason Mount tidak merugikan Chelsea dengan skuad kendalian Thomas Tuchel itu tetap berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini.

Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan Chelsea di kedudukan ketiga dalam carta saingan liga, dengan mengumpul 41 mata dari 19 perlawanan.

Liverpool sementara itu berada di kedudukan kedua dalam carta saingan liga, dengan mereka turut mengumpul 41 mata, namun masih ada kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.

Manchester City selesa di puncak saingan liga, dengan skuad kendalian Pep Guardiola itu pada ketika ini mendahului Liverpool yang berada di kedudukan kedua dengan kelebihan enam mata.

Sumber: Twitter

BACA:  Bekas Pemain Chelsea Kecam Caicedo Dan Lavia Pilih Chelsea Berbanding Liverpool