Lukaku Dedah Satu Perbezaan Ketara Antara Mourinho Dan Solskjaer

Sejak bekas pemain Manchester United yang juga supersub paling power di dalam sejarah bola sepak Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford mengambil alih jawatan sebagai pengurus sementara, Si Setan Merah telah berubah dengan ajaibnya.

Selepas 8 perlawanan mengendalikan Setan Merah, Solksjaer telah mencatatkan 8 kemenangan berturut-turut, 7 di Premier League dan satu di Piala FA. PSG dan Liverpool merupakan ujian sebenar buat Solksjaer.

Kemenangan ke atas dua kelab London, Tottenham Hotspur dan Arsenal yang semua tahu lemah dan lembik bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Semoga impian Lukaku tercapai.

Permainan dan sikap dipamerkan pemain Manchester United juga berubah di mana sekarang mereka nampak seperti seorang pemain bola sepak bukan lagi sebagai pemain piano, model pewarna rambut dan juga penebar roti canai.

Romelu Lukaku antara pemain yang mula mendapat kembali sentuhannya yang dikritik hebat kerana bermain seperti seorang penyerang yang mati pucuk dan first touch seperti sepakan penjuru atau satu rembatan.

Pemain antarabangsa Belgium itu antara pemain yang menunjukkan peningkatan ketara selepas perginya Mourinho.

Solskjaer memberi harapan kepada Setan Merah.

Pendekatan Solskjaer adalah faktor yang merubah Setan Merah hingga kembali menyetan dan Lukaku telah menggariskan satu perbezaan ketara antara Solskjaer dan Mourinho.

“Sekarang wujud satu kepercayaan yang besar. Pengurus memberi keyakinan kepada semua. Kini kau tahu bila kau akan main dan tak akan akan main.”

“Bila kau dapat main kau akan tahu kenapa dan bila kau direhatkan, Ole alan beritahu kau kenapa dan ini merupakan satu perbezaan besar.”

“Kami mempunyai barisan pemain muda dan itu sangat penting. Bagi pemain muda kau perlu tahu apa yang patu dibuat dan apa yang dilarang.”

Sama seperti botol sos, Lukaku hanya perlu digoncang dan gol akan keluar.

Lukaku nyata menyukai pendekatan yang diterapkan oleh Solskjaer namun beliau sebagai lelaki budiman tidak pula menghentam Mourinho.

“Aku telah bermain bola sepak selama 10 tahun dan berada dalam bermacam bilik persalinan di mana tempat kita perlu merendah diri. Kami perlukan lebih komunikasi dan itulah Ole lakukan.”

“Setiap pengurus ada cara bekerja masing-masing. Mourinho mempunyai caranya sendiri begitu juga Ollie.”

Lukaku juga mengakui saingan dalam merebut tempat sebagai penyerang.

“Sangat sukar dan tegang tetapi dalam situasi yang baik. Semuanya untuk pasukan.”

“Kami cuba sedaya upaya menekan antara satu sama lai untuk memastikan kemenangan kerana kami tahu kami tidak berada dalam kedudukan yang sedap di liga tetapi kami seperti insan lain mahu berada dipuncak liga.”

“Kami juga mahu memenangi trofi juga. Pengurus telah melakukan tuga yang hebat. Kredit kepada Ollie dan juga para pemain serta pasukan. Semua mahu bermain untuk pasukan sekarang.”

“Pasukan melebihi segala-galanya.”

Baca Juga

Baca Juga