Lukaku Didenda £340 Kerana Membuat Bising

Pemain penyerang Manchester United, Romelu Lukaku telah menerima pertuduhan membuat bising dalam satu parti bersama Paul Pogab di Beverly Hills seminggu sebelum Lukaku berpindah dari Everton dengan nilai £75 juta.

Selepas sesi perbicaraan dan keputusan telah dibuat bahawa Lukaku dikenakan saman sebanyak £340 dan jika gagal membayar denda Lukaku bakal berdepan dengan hukuman penjara 6 bulan.

Mampukah Lukaku membayar denda tersebut?

Sebanyak 5 aduan telah dibuat ke atas Lukaku kerana membuat bising pada 2 Julai 2017 bagi meraikan perpindahannya ke Old Trafford.

Pada mulanya polis telah mengeluarkan amaran lisan kepada Lukaku sebelum mengeluarkan saman. Romelu Lukaku Bolingoli telah melanggar akta 5-1-104 (Membuat bising berlebihan) Majlis perbandaran Beverly Hills.

Baca Juga

Baca Juga