Lukaku Dituduh Sebagai Dalang Yang Mencederakan Arteta

Pembantu jurulatih Manchester City, Mikel Arteta dilaporkan mengalami kecederaan yang agak teruk hingga berdarah lecer di bahagian muka selepas berlaku kekecohan di dalam terowong selepas perlawanan Manchester Derby.

Romelu Lukaku telah dituduh dan dipercayai insan yang bertanggungjawab di atas kecederaan yang dialami oleh Mikel Arteta. Lukaku dilaporkan telah membaling botol yang disasarkan kepada Pep Guardiola namum Arteta menjadi mangsa.

Polis dan sukarelawan stadium terpaksa di kerah untuk menyuraikan pergaduhan yang tercetus di antara pemain/staff Manchester United dan Manchester City. Lebih 20 individu terlibat dalam kekecohan yang tercetus dalam terowong stadium Old Trafford selepas tamat perlawanan.

Arteta yang dirakam ketika hadir ke padang latihan Manchester City telah menutup bahagian mukanya dipercayai mahu menyembunyikan luka yang dialami ketika kekecohan di terowong Old Trafford. Laporan menyatakan Arteta mengalami kecederaan di bahagian kening sehingga mengalami pendarahan.

Arteta menutup muka.

Romelu Lukaku, hero Manchester City dalam perlawanan tersebut sekali lagi menjadi watak penting dengan mengetuai barisan fighter Manchester United bergaduh dengan pemain dan staff Manchester City.

Insiden ini bakal disiasat pihak FA England yang masih menunggu laporan rasmi dari pengadil dan pegawai perlawanan yang bertugas. Polis Manchester masih lagi belum menerima aduan mengenai insiden tersebut dari mangsa yang terlibat.

Pihak FA mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman kepada mana-mana individu sama ada pemain atau staff walaupun insiden tersebut tidak berlaku di atas padang.

Baca Juga

Baca Juga