Lukaku Jelas Didominasi Oleh Virgil Van Dijk

Para peminat sangat teruja untuk menyaksikan pertembungan antara Lukaku dan Virgil Van Dijk ketika aksi pertemuan Liverpool bertemu Chelsea malam semalam.

Kedua-dua mereka merupakan pemain terbaik dunia di posisi masing-masing dan jelas sekali kelebihan fizikal yang mereka miliki menjadikan pertembungan dua gergasi ini menarik perhatian ramai.

Tidak dinafikan pertembungan antara Chelsea bertemu Liverpool malam semalam menyajikan aksi persembahan yang sungguh menarik dan menghiburkan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan bermain permainan pantas yang menjadikan para peminat begitu terhibur menonton perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, aksi pertembungan Lukaku dan Van Dijk tidak begitu menarik untuk disaksikan kerana pertahanan Liverpool itu terlalu dominan di kawasan beliau.

Mungkin kerana Chelsea bermain dengan 10 orang pemain, maka kerana itu Lukaku terpaksa turun ke bawah sedikit dan tidak boleh untuk sentiasa berada di atas.

Setiap kali Lukaku menerima bola, beliau bakal dihalang oleh Van Dijk dan sesekali Matip juga turut menjadi penghalang untuk bekas bintang Inter itu merencana serangan.

Jelas sekali Lukaku sentiasa dibayangi oleh Van Dijk dalam perlawanan ini dengan beliau tak mampu untuk melepaskan diri dari kawalan pertahanan Belanda itu.

Penandatanganan mega Chelsea itu mencatatkan statistik yang tidak begitu memuaskan dengan beliau menyentuh bola lebih sedikit berbanding mana-mana pemain di atas pada ketika aksi seri 1-1 The Reds bertemu The Blues itu.

Bahkan penjaga gol Alisson Becker dan Edouard Mendy lebih kerap menyentuh bola dan mempunyai possession yang lebih banyak sepanjang perlawanan tersebut.

Lukaku juga menyentuh bola lebih sedikit berbanding Reece James yang dilayangkan kad merah pada penghujung aksi babak pertama permainan.

Pada minit ke-3 permainan, Lukaku menerima bola hantaran jauh dari sudut sebelah kanan Chelsea, Van Dijk ketika itu mara ke depan dan berjaya memintasnya.

Itu adalah pertembungan pertama yang melibatkan kedua-dua pemain dalam perlawanan ini dengan Van Dijk nampak begitu tenang berhadapan dengan ‘Monster Chelsea’ itu.

Pada minit ke-13 permainan, Lukaku menerima bola di dalam kawasan Liverpool, Van Dijk ketika itu membenarkan beliau untuk melakukan turn dan menunggu pemain bernombor 9 itu untuk terus mara ke hadapan.

Lukaku ketika itu jelas merasakan ruang untuk beliau terus maju sudah tertutup dan memaksanya untuk melakukan hantaran seterusnya mensia-siakan peluang yang dimiliki.

Pada minit ke-18, Van Dijk tersungkur kerana di asak oleh Lukaku dengan Liverpool ketika itu meminta foul dari pengadil perlawanan namun ia tidak dilayan.

Lukaku berjaya melakukan hantaran rendah ke dalam kotak penalti Liverpool dan ia antara gerakan paling bahaya yang berjaya beliau hasilkan dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-34, bola hantaran cantik dari Mason Mount berjaya menemui Lukaku di dalam kawasan kotak penalti, namun Van Dijk segera mengasak pemain penyerang itu.

Lukaku gagal melepasi asakan dari VVD dan menyebabkan beliau melepaskan rembatan lemah yang kemudiannya berjaya ditangkap mudah oleh Alisson.

Satu minit selepas itu, Joel Matip cuba memintas bola dari Lukaku di kawasan tengah padang, pemain penyerang Chelsea itu berjaya lepas dan membawa bola menuju ke arah gawang gol.

Van Dijk sekali lagi muncul menjadi penghalang dengan Lukaku terpaksa menolak bola ke arah Mount yang kemudiannya sekadar merembat bola keluar dari kawasan bahaya.

Pada minit ke-64, Lukaku berjaya memiliki ruang di dalam kotak penalti, namun kali ini Matip pula muncul menjadi penghalang.

Virgil Van Dijk mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan ini dengan beliau menyentuh bola sebanyak 88 kali, melakukan 73 hantaran, satu cubaan tepat dan dua off target.

Beliau juga berjaya melakukan satu clearance, menghalang satu percubaan dan turut berjaya melakukan satu pintasan berjaya.

Apa yang menariknya, selain berjaya melakukan dua tackle sempurna, Van Dijk memenangi kesemua ground dan ariel duels dalam perlawanan ini.

Beliau jelas sekali mendominasi Lukaku dan membuktikan yang dirinya layak dianggap sebagai pertahanan terhebat dunia pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, tidak adil untuk anggap Lukaku tak bagus kerana Chelsea bermain dengan 10 orang pemain dan jelas sekali beliau tidak boleh bergerak begitu bebas.

Satu hal yang pasti, aksi pertembungan antara Chelsea dan Liverpool malam semalam sememangnya menarik dan sungguh luar biasa menakjubkan.

Sumber: TAB

BACA:  Kemaluan Besar Van Dijk Lolos Celah Kelangkang Diselamatkan Jones Dan Gakpo