Lukaku Kecewa Rakan Sepasukan Bersembunyi Ketika United Tewas Di Kaki Sevilla

Pemain penyerang handalan kelab teragung dalam peradaban bola sepak dunia, Romelu Lukaku tidak dapat menahan rasa kecewanya dengan kekalahan Manchester United di kaki pasukan dari Sepanyol, Sevilla dalam saingan Champions League.

Lukaku selepas perlawanan dalam satu temuramah nyata tidak lagi berselindung dengan jujurnya dan ikhlas menyatakan bahawa terdapat beberapa rakan sepasukannya bersembunyi dalam perlawanan tersebut.

“Ada yang tak kena dengan sesetengah pemain. Ada sesetengah pemain yang bersembunyi.”

“Kami mengharapkan yang terbaik dari diri kami tetapi kami tidak menunjukkan kualiti yang kami ada.”

“Aku fikir kami memulakan permainan dengan baik tetapi kami membiarkan Sevilla menguasai permainan. Kami mempunyai peluang tetapi tidak membuat jaringan. Bala! Bala!”

Dalam perlawanan tersebut Lukaku menunjukkan sisi sebagai pemimpin apabila ketinggalan 2 jaringan dengan menjaringkan satu gol. Namun jaringan tersebut gagal memberi motivasi kepada pemain Setan Merah yang lain.

“Mereka menjaringkan gol pertama dan dari saat itu kami cuba mengejar tetapi mereka menjaringkan gol kedua pula. Babi betei. Kami cuba mengejar tetapi tidak berhasil.”

“Kami sepatutunya melakukan yang lebih baik hari ini dengan kualiti yang ada pada pasukan. Aku fikir kami patut mara tetapi kami tidak layak kerana kami tidak cukup bagus.”

Lukaku juga berpendapat mereka mampu mendapat gol awal tetapi gagal dan hantaran yang dilakukan juga tidak cukup bagus.

“Kami patut mendapat gol awal pada separuh masa pertama. Hantaran akhir yang dibuat tidak cukup bagus. Kami sentiasa berada dalam posisi yang tepat tapi hantaran akhir macam gampang. Dan itulah membunuh kami hari ini.”

“Dalam bilik persalinan ramai yang kecewa dengan keputusan kerana kami mahukan keputusan yang lebih baik tapi main macam gampang.”

Kekecewaan Lukaku mungkin bertambah selepas perlawanan kerana penyokong Setan Merah juga telah bersembunyi dengan kekalahan ini seoalah-olah telah lenyap dari muka bumi ini. Dua kali kecewa. Kesian.

Ketika perlawanan masih lagi terikat tanpa jaringan Wisaam Ben Yedder masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-72.

Tidak perlu menunggu lama, dua minit selepas itu pada minit ke-74 Ben Yedder menjaringkan gol pendahuluan buat Sevilla dengan rembatan padu menewaskan De Gea yang merupakan penjaga gol teragung menurut penyokong mereka.

Empat minit berselang Ben Yedder sekali lagi menewaskan De Gea dengan satu sundulan yang gagal ditepus kemas De Gea membuatkan beliau terkapai-kapai kelemasan sambil meliuk lentok mengikut lantunan bola.

Ashley Young hanya memerhati atas bawah atas bawah kecik besar kecik besar mengharapkan De Gea mampu menepis bola keluar. Nyata gol tersebut membuatkan Young dan De Gea kelihatan bodoh disitu.

Gol kedua Ben Yedder telah melenyapkan separuh penyokong Setan Merah dari muka bumi ini dan selepas wisel penamat maka lenyaplah semua Setan Merah sebelum Azan Subuh.

Baca Juga

Baca Juga